Friday, April 22, 2011

Scene 4

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Sekarang dah pukul 12.43pg.Aku tak tido lagik.sebab aku dok usha-usha blog orang.Btw aku memang tak boleh nak lelapkan mate.Oh! aku sedang memikirkan engkau.Kau tawu? Ntah la.
bila aku pandang fon, aku nampak muke kau . Bile aku bukak blog, aku nampak muke kau .Mane-mane yang aku pegi, muke kau masih terbayang dan muncul tatkala aku keseorangan.huh! kenape?Sedangkan kau pown ntah pikirkan aku ke tak kan?

Bile aku nak update blog, aku nampak daisypath yang aku create dulu.Hurm sebenarnya due date kite dah nak sampai.Ape cer?Aku sentiasa menghitung hari "istimewa" tu.Dah macam-macam aku planning sebenarnye.Tapi aku rase hajat aku tu mcm tak kesampaian.Aku tak tau kenapa.Mungkin sebab kau senyap ntah kenapa.Kau macam tak ade respon atau hint2 yang baik kat aku.

Aku sebenarnya tiap2 hari pikir kau.Sebab bayangan kau datag tanpa diundang.Asal petang je aku teringat kau.Walau pun aku mungkin buat-buat bz, tapi kau masih datang kat aku.Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk semua tu.Aku try chill, relex bak kate kawan-kawan aku.Tapi kadang-kadang aku lemah dan aku tak boleh nak menanggung semua ni. aku dah cuba.dan terus mencuba.tapi aku kalah. aku tak boleh aku tak sanggup.

Kau buat aku, hilang sabar.tapi aku hilang sabar pon kau ade amik tau pasal aku?Ade kau pedulikan aku?aku dah makan ke belum? aku dah mandi ke belum?aku dah balik kije ke belum?Oh! itu mungkin dulu.tapi sekarang? mungkin dah berubah.Selama ni segala resah aku, semua nya kerana kau.Jiwa aku untuk kau,darah yang mengalir semua nya kerana kau. Bile kau meninggalkan aku, segala-galanya terhenti seketika.Kau tak rasa semua ni.Aku tahu. Mungkin kau buntu,mungkin kau kusut.Aku faham.aku bagi kau masa hingga hari istimewa kita.

Aku tunggu kau dengan penuh kesabaran dan keresahan.Aku tak tahu adakah kau akan kembali untuk aku.adakah kau akan terus begini?semua pertanyaan tu bermain di fikiran aku.Mungkin kita perlu masa untuk semua ini.Aku harap keputusan kau pada hari istimewa tu, adalah baik untuk kita.Aku tak mahu kehilangan kau untuk kali kedua.Cukup dengan apa yang terjadi.

Mungkin, semua ini akan mematangkan kita.untuk kita alert dengan situasi.Aku harap kau memahami isi hati aku.Aku benar-benar resah bila kau tiada di sisi aku.Aku sentiasa menitiskan air mata.Walaupun aku tahan untuk tidak menjatuhkannya, tapi dia tetap mengalir dengan deras tanpa rela.setiap kejadian itu ada hikmahnya.aku akan menanti kau kembali walaupun aku mencari dalam kegelapan.




Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

p/s: aku cube untuk mencari jalan walaupun ianya gelap.



No comments: