Monday, August 15, 2011

2minggu lagi, kejap je

2minggu je lagi dari sekarang..

Cepat dan pantas masa berlalu..
Kalau lah aku ada mesin masa yang boleh undurkan masa, kan bagus.
tapi aku tak mampu..

Aku rindu masa tu..
Aku rindu saat itu..
Aku rindu saat kau memandang aku..
Pertama kali kita bersuaa..
Saat indah masa itu..

Tahukah kamu, pernahkah engkau tahu..
yang aku tidak mahu berjauhan dengan kamu..
Mungkin masa itu, aku akan sepi tanpa mu..
Aku hanya mampu berdiri walaupun hujan membasahi ku..
Aku akan melayankan perasaan ini seorang diri..
Aku akan merindui kamu..
Pernahkah engkau tahu,
setiap kali hujan saat itu aku sangat merindui kan kamu..
Aku akan buka lagu2 yang pernah kau berikan kepada aku..
Lagu yang kau tujukan untuk aku..

Sayup rasanya mendengar lagu-lagu itu..
Aku hanya mampu menangis jika aku merindui kamu..
Aku tak mampu menahan rasa ..
Air mata akan membasahi pipi ku..

bagaimana aku akan teruskan hidup tanpa kau di sisi?
Bagaimana aku nak menempuhkan hari-hari aku tanpa kau disisi?.
Pertanyaan itu sentiasa bermain difikiran aku sambil menghitung hari..
Kenapa kita harus berjauhan, semasa aku sedang selesa bersama kamu?.
Banyak nya dugaan yang perlu aku tempuhi..
Kadang-kadang aku jatuh dan tak berdaya untuk menempuhnya..

Setiap kali aku merindui aku lihat gambar2 kita.. indahnya.
Tapi kerinduan itu masih tidak terlerai lagi dalam jiwaku..
Dann.. aku hanya mampu merenung wajah kamu yang tidak dapat memberi tindakbalas kepada aku..
Aku hanya mampu berdoa, agar kau tidak akan melupakan aku disini..
Dan aku hanya mampu berserah..
Mungkin aku tak mampu tersenyum seperti dulu, dan aku hanya akan berlegar dalam tangisku..

Jika kau tahu isi hati aku tatkala ini, apa kau akan lakukan?

4 comments:

Rara said...

urmm..
hati kita..
hanya kita yang tahu..
;P

-XaXao- said...

betol :(

Rara said...

OLOLOHH.. ;P
chill!

-XaXao- said...

i will