Saturday, August 20, 2011

Jujur dengan aku?

Tak boleh ke kalau kau bersikap jujur dengan aku?.

Susah sangat ke nak bersikap jujur dalam persahabatan mahupun hubungan?. Tak rumit aku rasa. Aku kadang-kadang tak boleh handle dengan benda-benda ni. Sejak-sejak ni memang aku kusut. Yes! gambar yang dok senyum2 tu semua FAKE!

Muka senyum tapi hati aku, kau tak tau. Dalam kepala aku pun kau tak tau ape yang aku fikirkan. Sumpah! kau tak akan tau ape yang aku rasa, apa yang aku tanggung. Sekali lagi, aku terjebak dengan perasaan itu.
Aku cuba larikan dari rasa itu, tapi makin aku lari makin kuat perasaan itu. Macam mana aku nak jaohkan perasaan itu? Aku tak nak terluka untuk kedua kali, aku tak sanggup. Aku tak nak menangis lagi, aku tak nak kecewa, aku tak nak jatuh. Bagi lah aku peluang untuk gembira. Susah?. Aku tak mengaharap apa-apa. Cuma aku nak, aku gembira. Cukup sekadar gembira.


*****

Aku ada baca satu entry blogger nih. Sumpah! aku menangis baca entry dia.

Sedih bila baca, sedangkan sebelum ni aku tak pernah baca blog orang aku touching gila. Tapi cerita blogger ni memang sangat menyentuh perasaan aku. Dia cantik, sangat cantik. Ape yang ditulis oleh blogger tu, memang sama cerita yang aku lalui sekarang.

Bila kita mempunyai hubungan dengan seseorang pasti ada sahaja orang ketiga yang datang. Yes! aku akui. pernah terjadi. Itu atas kita handle perkara macam tu. Kuat ke kita lalui semua tu? Kenapa setiap hubungan itu, mesti ada dugaan yang sebegitu? kadang-kadang aku terfikir, kenapa tak semuanya indah, semuanya bahagia?. Kenapa perlu ada dugaan yg sebegitu?

Aku tak sanggup hadapinya. tidak!


Memang sakit bila kita dalam keadaan macam tu. Cubaan hidup yang sangat mengusutkan. Aku perlukan cinta untuk hidup yang sepi ni. Tapi jangan berikan aku cinta yang menyakitkan. Aku mahukan kau, berikan aku cinta yang kau redhai. Yang kau berikan dia sebagai jodoh ku. Jika dia jodohku, kau tunjukkanlah. Jika dia bukan jodohku, kau lenyapkan dia dari fikiranku. Supaya aku boleh melupakannya, supaya aku tidak kecewa, supaya aku tidak terlalu memikirkannya.

Berikan aku jodoh yang betul2 menerima diri ini, bukan datang hanya untuk menyakitkan hati aku. Aku perlukan jodoh yang boleh membimbing aku ke jalan yang kau redhai, yang tulus. yang boleh memberikan kebahagiaan kepada aku.

Aku terima segala cubaan dan dugaan yang kau hamparkan kepada aku saat ini.Ya. kadang-kadang aku jatuh, aku tak sanggup memikul semua ni. Aku rapuh. Aku lemah. Berikan kekuatan kepada aku, untuk aku terus bangun. Cinta mungkin salah satu kekuatan untuk aku.Cinta itu, mungkin sedikit sebanyak memberikan aku semangat. Jika dia datang hanya untuk sementara, lenyapkanlah dari kotak pemikiran aku.Aku tak mahu terseksa dengan cinta itu.

Aku mahu senyuman aku terus berkekalan, Aku mahu ketawa ku berkekalan, aku harap kebahagian itu berkekalan. Berikan aku cinta yang sejati. Berikan aku cinta yang diredhai oleh-Mu.

Itu sahaja yang aku harapkan. Kuatkanlah semangat aku untuk mengharungi hari ini, esok, dan seterusnya.Harap satu hari dia nampak, dia tahu, perasaan itu yg dah lama wujud di dalam hati ini.

Just 4 you, the name of "u"..


Nota kaki : jika dia jodoh ku, pertemukanlah.

4 comments:

Lala Adila said...

sedey plak aku bace . sabar weyh . aku ade tok gembira kan ko .. heheh

-XaXao- said...

dah habis sabar. aku rapuh

sihassan said...

saya ada ! :))

-XaXao- said...

thanks syg :))