Tuesday, February 28, 2012

2minggu

**mata memang menggambarkan seribu pertanyaan, byk g gua tempuh.Tapi gua gagah bila dia dgn gua.

**Redah
2minggu menjalani kehidupan orang dewasa. Oh! bukan bercakap pasal umur dan sebagainya. 2minggu menjalani kehidupan berdua. Mungkin agak janggal bila membaca, macam org dah berkahwin je bunyiknya. Biarlah apa yg orang nak fikir. Memang tak kemana rasanya kalau nak dilayankan apa yang orang pk pasal kita. That's it.

Banyak yang gua rasa berlaku bulan February ni. Rasa pahit, manis, masin. masam, tiada rasa semuanya bercampur baur. Cukup rempah. Entah la, kadang kadang bukan kita yang mintak sesuatu itu berlaku. Tak kira samada baik atau tidak. Hanya mampu berserah dan menerima apa sahaja yang bakal berlaku hari ni, esok dan seterusnya.


**Rindu
Sambil mendengar lagu adele- set fire to the rain, oh gua mula merindui. Jarak gua dan ACAN jauh. Memang jauh. Tapi gua redha. Mungkin ada sebab mengapa gua jauh dan ditakdirkan dengan dia. Bisik hati, "tak apalah,jauh dimata dekat dihati". Gua cuba untuk relationship ni. Memang susah, rindu kena simpan. Lama nanti baru lah boleh dilepaskan.
Tak pelah Acan, kita boleh. Ye boleh menempuh segala galanya. Walaupun jauh kita masih boleh menggunakan teknologi yang sedia canggih sekarang ni. Kita ada Skype, YM, FB dan Twitter. Kita boleh komunikasi kat sini. Mungkin tak dapat nak sentuh, tapi gua dapat rasa yang dia ada sentiasa di sisi gua. Bersama gua. Sehari tak Skype dgn Acan, gua dah rase huru hara. Nasib lah, dia sentiasa melayan kerenah gua. Ye, gua sangat manja dengan Acan. Memang tak dapat nak dinafikan.

Semalam, gua dan Acan buat candle light dinner. oh! kami tak berpakaian seperti princess, bermekap, heels, makan di kedai mewah dan sebagainya. Hanya dengan bermandikan cahaya netbook dan monitor 21inci. Ye, hanya di alam Maya. Depan pc masing masing.Tengah malam gua cakap, gua lapar.Lagipun gua tak sihat. Perut memang berbunyik dan tak menentu. Gua cakap, gua nak cari something untuk gua makan. Bancuh milo panas, dan gua buat maggie untuk alas perut gua yang comel ni. Tak lama kemudian, Acan pun lapa.Dia makan nasi, "Haa macam mana lah nak diet, malam2 makan nasik", gua membebel. Tak lama, lepas tu ikan yang diambil tadi jatuh di atas bantal. haaa! Makan dalam bilik lagi.

"Alamak! ikan jatuh atas bantal".

Macam2 Acan gua ni.Perangai dia yang selamba memang buat gua tak boleh lupa. Lama kelamaan gua tau perangai dia. Tegas dan tetap pada pendirian, itu dia. Risau sungguh bila gua demam, sakit, dan tak makan. Perangai dia saling tak tumpah macam abang gua. Baguslah. Pentingkan keluarga, melebihi diri dia sendiri. Bagus Acan!


**Sakit
Dua hari ni, gua tak larat. tak bertenaga. Gua pun tak tau kenapa.demam rindu? Oh mungkin dah membuak buak rasenya dalam hati dan dalam diri.Memang bergelora. Acan memang risau bila gua cakap gua tak berapa ok. Alahaii penat dah mulut ni berkata "tak ada apa, ok je ni". Lagi gua sampaikan macam tu, lagi la dia risau.

Walaupun gua masih rasa sakit ni, gua gagah untuk bekerja. Badan memang rasa tak menentu. Mood pun kadang kadang ok. Kadang kadang tak. Tak apa, mungkin nanti baik la ni. Tak cukup tido mungkin. Mata gua pun rasa letih sebab memandang pc terlalu lama mungkin.


**Penantian
Minggu lepas, dia ada bagi tahu gua yang dia nak g Kolumpo.Ye Kolumpo. Nak datim dengan gua letuww. Yes! akhirnya penantian gua berbaloi. Walaupun baru hari tu jumpa, tapi gua rasa macam lama sungguh tak jumpa. Bila dia cakap dia plan nak ke KL, hati gua dah berbunga bunga. Jiwa sangat dah gua ni. But, serius gua memang tunggu dia. Gua memang miss sungguh. Sampai demam,sakit gua tunggu. Harap harap apa yang gua plan menjadi.

Yah, spend time dengan dia. Memang masa tu yang gua cari. Gua cakap, nak belanja dia makan pizza. fuhh! Memang gua menanti hari tu. banyak benda yang gua nak bagi tau kat dia. Oh! harap harap gua berani nak sampai kan kat Acan. Gua pemalu, itulah gua. Kalau gua boleh kali ni, memang gua POWER!

Gua harap, gua sihat dan mampu melangkah dengan jayanya keesokan harinya. Gua nak sihat jumpa dia nanti. Gua nak dia tengok gua ceria, dan cun bila jumpa dia. Gua nak tengok hari2 gua indah bila gua dengan dia. Gua nak dia tau yang gua heppy bersama dengan dia. Yup, itu yang gua nak bagi tau dia. Gua harap, mata gua tak berkaca kaca time tu. Gua tak nak dia nampak yang gua sedih. Tapi mata gua berkaca sebab gua gembira dengan adanya dia disisi gua sekarang. Oh! mendalam sungguh hati gua untuk dia. Gua harap dia tau dan faham isi hati gua tatkala ni.

p/s: Harap penantian gua akan berakhir minggu ni. Tak sabar menanti diri dia di depan mata gua. Dan gua harap, gua dah cukup sihat.

**miss you a lotss ♥

2 comments:

sihassan said...

MISS u too ana adak <3
i try smpai kolumpo & ambik u balik kerja sambil melting air liyur jejeh2. kah kah kah.

-XaXao- said...

wahh kemain melting lagik! ;))