Monday, March 5, 2012

12 Jam

*yang utama


#01 : Pagi

12.30mlm, Acan bertolak dari pontian - KL. Acan sampai KL lebih kurang 4pg. Dia tunggu gua kat TBS. Ye memang lama, dia tunggu gua. Nak tunggu pagi gua rase, memang jenuh. Pukul 6pg, gua bergegas bangun dari mimpi. Oh! gua tak boleh mimpi lama-lama, acan dah sampai. Lama dah dia tunggu. Dah siap semua, gua terus gerak ke train. Sambil2 tu, gua text acan. Teman dia kejap.

Memang laju jugak gua jalan, gua pasang MP3 terus menuju destinasi. Sampai je tempat yg dijanjikan, gua nampak acan. Ha! acan tengah tido, laju gua pergi kat dia sambil tersenyum gua kejut dia. Alah! kesian acan syg, lama dia tunggu gua sampai tertido. oh dia amat terkejut melihat aku. Tapi gua pandang dia, gua lega. Akhirnya, saat yang gua tunggu sampai jugak. Dapat gua menatap muka yg gua selalu terbayang dan angau tu.

Tak lama tu, gua dan acan menuju ke tempat makan. "yunk, lapa tak?". Gua tanya acan, "lapa." Gua ajak dia lepak di satu tempat makan ni. Gua ambil nasi lemak bungkus dan teh tarik, dan acan nescafe panas dan nasi lemak. Gua rasa selesa gila dengan acan pagi ni. Entah kenapa, mungkin sebab excited gua pada dia. Sambil tu, gua sempat bergurau senda dengan dia.

**tersenyum gua


#02 : Kenangan

Lepas makan, gua dan acan menuju KLCC. Tempat dimana gua dan acan bertemu suatu ketika dulu. Berjalan jalan , dan gua decide nak lepak kat air pancut. Sempat bergurau senda dengan acan. Ye, dia suka sangat mengacau gua. Senda gurau tu memang buat gua rindu belaka dengan dia.

Tak lama tu, gua dan acan ke satu pusat membeli belah di Bukit bintang. Decide untuk menonton wayang bersama. Booking dah pagi pagi tadi, takut ramai orang plak yang tengok. So, gua booking cerita adnan Sempit 2. Sebelum masuk ke wayang, gua dan acan berjalan jalan menuju ke kedai ROXY, Stadium melihat kasut idaman masing masing. Oh! dia jumpa dan mengidam half-cab beliau. Gua pulak ternampak Jam roxy dan kasut vans. Oh! memang lama gua idamkan dua barang tu.

Tak pelah, nanti gaji bulan depan gua angkatlah jam tangan tu. **berbisik di dalam hati, Tengahari, oh berkeroncong plak rasenya perut ni. Gua ajak acan makan. Dia nak makan SUBWAY, ok makan lah gua dan dia di Subway. Macam macam perangai acan kelua. Lega je bila dia depan mata gua. Acan, acan! Rasa nak hempuk hempuk je bila dia buat perangai. hehehe.

Tau tak yang gua sangat rindu kat Lu acan? **sambil tersenyum lagi.


#03 : Selesa

Sambung lagi perjalanan gua dan acan. Wayang rasa dah nak start. Kami menuju ke wayang, "Dah boleh masuk ni syg" gua berkata. Gua masuk wayang dan membeli air Coke (large).Fuhh! kemain besar lagi air tu. Memang berbaloi. Gua memang jenis suka kacau orang yg tengok wayang. Gua usik dan kacau Acan. Dia geli dan tak senang duduk mungkin tak selesa. Lama kelamaan, gua dapat lihat dia selesa dengan gua.

Lepas menonton wayang, gua lapa lagik. hah! makan je dah 3-4kali, macam mana la nk kurus. Keh keh. Lupekan je la, cuma boleh kurang la kot. Gua merangkak ke KLCC semula. Tetiba ada cerita yang kurang menyenangkan, tapi acan dapat kawal emosi. Tapi aku, oh tidak. Nasib la acan dapat menenangkan gua. Kadang kadang, bila kita puas ketawa memang akan ada tangisan. tak pelah, biasa lah tu. Walaupun sulaman kesedihan tu hanya menambah perasa.

Gua dan acan gerak ke tren, gua teman dia sampai Lrt Masjid jamek. Hurmm gua sebenarnya memang tak suka nak tunggu orang pegi sambil melambai lambai gua pergi. oh! gua memang tak bole. Gua ni cepat terharu, walapun nampak cam ganas dan kasar. Tapi hati gua, acan je lah yang tau macam mana. kami bersalaman, part ni memang gua tak boleh control emosi. Biasa lah nak berpisah balik, tapi gua tau ni hanya sementara.

Walaupun gua rase kejap, dan memang kejap pun. Tapi gua rasa, gua dah cukup menggunakan masa ni sebaik baiknya. Pagi pagi gua dah pegi berdating, sedangkan semua orang sedang nyenyak tido. Gua gagah bertemu dengan acan. 12jam yang gua rasa paling berbaloi dengan gua walaupun kaki gua sakit sampai sekarang. Tapi gua tak kesah, janji gua heppy dengan dia.

p/s: sayang you're the only and i'm appreciate it :)

2 comments: