Sunday, April 1, 2012

Seminggu di Bulan March


Hi and assalamualaikum,

Gua rasa cukup lama tak update blog. Bizi menyelubungi diri sejak seminggu yang lepas. Gua rasa, seminggu di bulan March tu dah banyak mengajar gua erti kehidupan. banyak yang gua nampak dan lihat perangai perangai manusia.

Bila gua melepak di KLCC, macam macam ragam yang gua lihat dengan perangai perangai manusia. Baik kecik, besar, tua & muda. Entahla. Kita melihat orang dari luaran sahaja, tapi gua rasa kita tak patut melihat manusia dari luaran sahaja. Dan gua rasa kita sebagai manusia tak patut membanding bandingkan diri sendiri dengan diri org lain. Setiap manusia berbeza ciri ciri dia. tak sama, Lu perlu paham.


When he wrote something for me :')

When i'm make something on my phone :')

#01 - Perjalanan

perjalanan dia kali ni cukup lama. Paling lama yang gua rasa. Entahla, mula mula rasa dia nak skejap, tapi keadaan membawanya lama di kolumpo. Rasa susah hati jugak bila dia kata nak balik ke Joho. Entah macam mana, dia nak anjakkan lagi hari dia dengan gua di bandar batu bata ni.

When we like the same thing

When my photo was take by someone :')

" Manusia bukan dilahirkan untuk menangis, tapi utk menjadi spt manusia lain "


#02 - Niat

Sebelum dia sampai, dia ada bagi tau gua nak tengok ofis gua, mamak yg gua selalu lepak, rumah gua yg ketiga semua. hee 1st day pun, dia dah sampai ofis gua bawak gi breakfast. hee. Sampai jugak dia kat ofis gua. Lama jugak dia nak sampai ofis. Sebab gua bajet dia dah masuk midvalley. hehehe. Niat dia nak sampai mamak yang gua selalu lepak pun dah tercapai. Tapi ape ape pun. semua niat dia tu dah tercapai. suke letuww :)

When i'm with you, wearing baju kurung :')

#03 - Kejutan

Kejutan yang tak seberapa pada hari gaji gua. Ka-ching dah masuk petang tu. Gua dah plan macam macam utk dia. Sebelum tu, gua pegi buat rutin harian. Transfer duit dan bayar segala ape yang tertunggak. memang bizi. Semalamnya tu, gua dan dia merayap kedai VANS. Dia ternampak wallet comel tu. Dia cakap nnti nak beli, dan start dari tu gua dah nekad nak beli wallet tu untuk dia. Takot nanti habis. Fuhh. & petang tu gua pun beli wallet, kad tanpa pengetahuan dia. Yes! gua dapat.

When i give something for you to remember;

& gua menulis di atas sekeping kad di atas sofa..

#04 - Bermakna

Gua rasa penutup bulan March2012 ni terlalu bermakna bagi gua. Sebab gua rasa bulan ni tiap tiap minggu gua & dia bertemu. Tapi kali ni gua rasa deep gila.Sebelum ni masih 'deep' jugak, tapi kali ni lagi deep. Fuhh mungkin, Masa dan keadaan yang buatkan gua & dia terus kebal dan rasa itu makin menebal. Ya, RM1.8k tak lah setebal mana bila diisi di dalam wallet VANS, tapi jiwa gua pada dia dan jiwa dia pada gua terlalu tebal dari kepingan duit tu.


& gua harap, jiwa dia dan gua makin menebal.

Setiap kali gua jumpa dia, tiap kali itu gua & dia bercerita tentang future. Itu yang gua & dia harapkan. Dia harus lebih 'kebal' selepas ini. Gua harap dia ada perisai yang kuat untuk masa akan datang. Walaupun nampak masih belum matang, tapi jiwa gua & dia sudah melebihi dari fikiran manusia lain.

p/s: Harap, manusia lain tak mudah menuduh dan terus menuduh tanpa usul periksa. Gua harap dia akan terus mempunyai perisai yang cukup kukuh untuk ape yang telah dipertahankan selama ini. & gua hanya ingin terus senyum dan gua harap setiap langkah adanya dia untuk hari hari gua yang mendatang.

& gua terus merindui dia.

2 comments:

sihassan said...

seminggu yang HOT ! keh keh. thanks sayang :)) i miss every moment with u :))

-XaXao- said...

welcome syg, anything just for you. i miss u too sygg :))