Friday, January 11, 2013

Perhimpunan 2013

Esok, 12 haribulan 1 dua ribu tiga belas.

Lu ingat ape yang akan terjadi esok? Mungkin perhimpunan yang telah terjadi pada tahun dua ribu dua belas, akan terjadi lagi esok.

Gua tak paham, kenapa masih ada lagi terjadi perkara ini?

Tak perlu pertikaikan apa yang bakal berlaku esok. Cuma, cuma satu perkara yang buat gua mushykil, kenapa dah tau dah alert bahawa esok seharusnya tidak ade manusia yang akan berkeliaran di sekitar kolumpo.

Tetapi, tetapi,

Akan ade segelintir manusia yang akan menuju ke tempat atau sumber mencari rezeki perlu meneruskan harinya. Segelintir manusia yang akan menunaikan kewajipannya, yang setahu dirinya bahawa akan ade risiko untuk itu.

Walaupun mementingkan pelanggan, tapi gua tau tak mungkin akan ruginya sesebuah jabatan itu menutup untuk sehari sahaja demi mementingkan kebajikan atau keselamatan manusia sejagat.

Seharusnya,

Manusia yang sepatutnya boleh berpikir apa yang sepatutnya mungkin berlaku jika sesuatu yang menimpa pekerja nya sendiri. Entah dan entah. Mungkin pendapat manusia sejagat lain dengan pendapat gua sendiri.

Tapi sekurang kurangnya, fikir untuk manusia sekeliling. Bukan untuk diisukan atau membantah, tapi sekurang kurangnya ade sedikit rasa atau berfikir untuk segelintir manusia ini.

Walaupun sekecil kuman, yang sekecil itu lah akan diingati sampai bila bila.

#throwback2012-2013

No comments: