Monday, November 4, 2013

Awal muharram is coming

Salam awal muharram.
Selamat tahun baru.

Alhamdulillah, malam ni dah masuk tahun baru dalam kalendar islam. Mungkin azam tahun lepas masih ada cebisan yang tidak habis ditunaikan. Tapi ada yang tidak pernah terlintas aku menghadapinya iaitu ke status yang berbeza. 

Tidak pernah terlintas, tapi mungkin bermimpi untuk berkahwin. Alhamdulillah. Ianya memang tidak dirancang, namun dengan keredhaannya semuanya terjadi.
Insyaallah, tahun baru ini akan berubahnya satu lagi tapak dalam hidup.

Kerjaya yang kukuh, 
Dia yang sentiasa di sisi,
Ibu bapa yang masih setia.
Apa yang aku mahukan lagi? 
Aku mohon, diberi kesemua yang aku sayangi memiliki kesihatan yang baik.
Moga dibukakan rezeki yang luas dan kehidupan yang diberkati. 

Tiada apa lagi yang aku mahukan dalam hidup ini.
Cuma mahu seperti orang lain.
Hidup biar tidak mewah namun selesa dan diberkati. 
Aku mahu disayangi dan bukan dicaci.
Aku mahu dihormati dan bukan dijatuhi.

Apa yang aku harapkan tahun ini,
Semua azam, cita cita dan harapan akan tercapai.
Aku mahu lihat ibu bapa aku tersenyum bukan menangis.
Aku mahukan dia sentiasa disisi hidup dan mati aku bersamanya.
Moga semuanya direstui,
Tinggalkan kepahitan, berikan kemanisan.

Amin. 


No comments: