Thursday, June 6, 2013

Rintih

Ape yang selalu dirintihkan?

Letih, penat, bosan, angkuh atau sombong? 
Mane yang lu nak pilih? Adakah semua perangai atau perbuatan tu semua ada dalam diri masing2? 

Bosan dah gua nak mengeluh
Bukan diri suka mengeluh, kengkadang benda tu semua datang secara tiba tiba. Gua tak pernah nak rancang perkara yang tak mendatangkan hasil apa apa.

Kenapa manusia suka mengambil kesempatan? 
Kenapa manusia suka mengambil peluang kepada manusia lain sedangkan dia tahu benda tu salah? 
Kenapa perlu mempergunakan dia sedangkan kau tahu itu dosa? 

Diri tak perfect,
Masih dalam memperbaiki kelemahan.
Masih tidak cukup ilmu.
Masih perlu merujuk kepada yang bertauliah.

Mak gua kata, mengeluh tak baik.
Tapi cubalah bayangkan jika mak gua ditempat gua sekarang?
Banyak benda yang gua hampir give up. Banyak benda yang gua tak mampu nak tanggung.
Letih, bosan melayan kerenah manusia asasi. 
Macam tempat untuk melepaskan geram, 
Macam tempat untuk melepaskan dendam,
Lu ingat ni tong sampah ke apa? 

Gua manusia juga,
Tak suka diherdik, tak suka dimarahi,
Tak suka dicaci.

Tapi manusia ini,
Walaupun dicaci, diherdik tapi lu tetap disayangi dan disanjungi. 
Manusia ini tidak ambil kesah,
manusia ini faham, 
Manusia ini mungkin buatkan rasa menyemak.
Tapi mungkin itu kelemahan, itu sifat, itu resah, itu takut, itu risau.
Tak mungkin manusia faham, manusia kesah.

Bila diri dah mati, mungkin nanti tercari.
Mungkin manusia mengerti,
Mungkin manusia terfikir, apa yang dikatakan resah,
Mungkin manusia faham erti kasih sayang,
Mungkin kelemahan diri banyak, tapi masih boleh diperbaiki.

Jangan buat diri seperti tong sampah,
Jangan buat diri seperti tempat untuk dimaki,
Jangan buat diri seperti tong yang hanya diperlukan sahaja.
Perlu tahu,
Diri sebenarnya mahukan seperti yang dikenal dahulu,
Tidak mahu perubahan sedikit pun,
Mahu disayangi,
Mahu dijagai,
Mahu diketahui,
Mahu dibimbangi,
Sedikit pun tidak mahu ada perubahan tentang itu.

usah bimbang, diri masih lagi sama. 
Masih lagi tidak berubah,
Sayang masih sama.
Sayang masih utuh,
Rindu masih kuat.
Semua itu masih ada. 

No comments: