Sunday, June 16, 2013

Selamat hari bapa!

"Selamat hari bapa, abah. I LOVE YOU SO MUCH! Hadiah nanti lah eh lepas dapat gaji. " text, send!

Bedebor jugak tunggu abah reply.

*tettt! Tett! Pesanan ringkas.

"Ok, terima kasih. Nanti nak baju dan seluar yang branded sket" - abah reply.

Amboi abah, kemain demand lagi! Gua pun tak pernah pakai baju branded. Semua bundle tak pun, times square brand rm25 selai paling tidak sg.wang. Nah! 

Macam macam lah abah gua ni. Hadoi. Yelah bah, ade rzeki nanti boleh lah sket. Anakmu ni skang kene berjimat cermat, kang beli branded tak makan pulak dekat kolumpo ni haaa. Kurus pulak! Keh keh

Btw abah, i LOVE YOU SO MUCH! Terima kasih kerana menjaga diri gua selama 24tahun ni. Dari tak reti baca ape sampai dah pandai speaking omputih. Keje call centre yang tiap tiap hari kene maki tak kira bangsa. Gua tak kesah semua tu, janji gua dapat bagi abah tiap tiap bulan walaupun sikit. Tapi gua tak penah miss. Thanks jugak sebab, melayan kerenah anak bongsu abah yang mengade dan gedik. Well known, insyaallah tak lama lagi adik akan ke peringkat pertama. Harap, doakan adik sentiasa. Halalkan segala minum, maafkan segala salah dan silap sepanjang hidup ini. Gua akan usaha untuk duduk dekat dengan abah. Harap tahun ni last lah gua duduk kolumpo. Aminnnn 

                                     

No comments: