Gua rasa duit memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Maksud gua dekat sini, duit simpanan. Sebenarnya bukan lah gua nak galakkan untuk mengorek duit tabung simpanan, tapi sebenarnya ia akan membantu kita dikala kita susah atau perlu menggunakan duit itu secara amat terdesak.
Bila dah kena atas muka sendiri, rasa macam kena tumbok dekat pipi sendiri. Lebam jugak rasa dia. Merah. Dan gua akur, dulu gua lupa untuk menabung walaupun Rm10 @ RM50 sebulan. Gua lalai, tak dengar cakap mak gua. Sekarang bila nak pakai baru lah tekorek korek duit tabung. Nasib gua ade simpan 1-2. Kalau tak? Nak mintak dekat mak gua, memang kena membebel dulu, ceramah, penumbok baru dia bagi lepastu. Tapi kena dengar secara peringkat lah cita dia. Kehkehkeh.
Tapi kali ni, gua nak pulun habis lepas raya ni. Tak cukup kalau nak simpan guna duit gaji semua. Kang tak makan, hilang pulak lemak lemak dalam badan ni. Payah pulak. Nak taknak, kerja keras sikit lah kalau nak dapat duit lebih, walaupun tak banyak mana tapi at least dapat buat tambahan untuk simpanan tersebut. Tak boleh nak berjoli macam dulu lagi. Pikir masa depan.
Makin lama makin tua, makin lama ruma, kereta, makanan, pakaian makin mahal. Semua benda akan naik dari setahun ke setahun. PTPTN nak kena bayar lagi start lepas raya nanti. Kalau tak kena bising dengan bapak gua. So beware!
So, suka atau tidak gua terpaksa pulun OT lepas raya. Tak penat sangat, sebab dah boleh minum. Tekak kering woi kalau gua buat ot time puasa. Tak boleh handle woi. Nak telan air ape kalau air liur dah out! Hahahhahahaahhaah so, paham2 lah situasi kerja gua yang bercakap dari pagi sampai malam. Penat paham penat? Kalau takda mood pun kau mesti kena cakap. Haa macam tu la. Bosan kan?
Tapi nak buat macam mane, gua terpaksa tahankan untuk sementara, at least lepas duit simpanan tiap tiap bulan cukuplah. Kali ni gua kena kaut habis habisan. Bulan 12 year end sales. Timd tu banyak duit nak guna sebab akan membeli dengan lagaknya! Raya kali ni gua tak beli hapepunnn. So year end sales lah gua taram nanti. Keep calm keep calm .
So, lets kumpul duit untuk year end sales nanti! Hewhewhew
No comments:
Post a Comment