Yang pasti macam macam dugaan yang aku sekeluarga hadapi.
Dari mula aku keluar rumah, sarapan lepastu ke midvalley tengok pcfair. Memang rasa macam haram bila pegi sana. Dengan sesak bagai nak gila, stuck dalam tu sejam lebih, berjalan macam siput sedut. Nak cari jalan keluar punya lah susah.
Bila orang tanye : nak cari ape cik?
Aku : nak cari jalan keluar lah.
Eh kau gila, stuck tak boleh bernafas.
Nak cari barang pun susah. Yang boleh dibuat, tolak orang suruh jalan cepat.
2nd.
Lepas dari midvalley, pegi amcorp. Yang tu so so lah. Tak lama tu, dalam jam 4ptg aku dapat panggilan dari abah. Abah memang nak datang kolumpo hari ni. Gua dah resah je.
Abah : dik, kereta abah rosak. Skarang dekat tepi highway. Cuaca mendung.
Aku : adoi. Jantung aku macam nak tercabut.
Dah la mak tak sihat, kereta tu pun tak sihat sangat. Aku dah cukup resah mak abah aku je dekat highway. Dalam kepal memang running benda tak elok je.
Dengan gegas aku bagi tahu abang aku dan kitaorang pegi nak tengok abah. Abah keep calling, dan aku pun. Risau nak mati aku.
Aku mintak tolong dengan Plusline mintak untuk tarik kereta abah pegi ke kawasan rehat. Bahaya kot tepi highway. Tak lama lepastu, abah call dia dah dekat kawasan rehat plus dah tarik kereta. Lega sikit tapi sikit je. Sebab masa tu dah hujan. Bimbang lagi.
Lepas sampai dekat kawasan rehat r&r senawang bila aku turun kereta dapat tengok muka mak abah aku barulah hati tenang. Dah baiki semua, kitaorang gerak balik kolumpo.
Sampai je serdang, kereta abah tiba tiba enjin mati tengah tengah jalan. Lampu kereta tiba tiba gelap. Kereta mula berhenti sikit demi sedikit dan tidak bergerak. Nasib sempat abah ketepikan kereta. Nak bukak lampu emergency pun tak boleh disebabkan battery kereta down. Semua tak berfungsi.
Aku da mula cuak. Ya allah, apa lagi dugaan yang kau nak bagi lagi.
Abang aku pulak dah kedepan melepasi kereta abah. Nasib abah dah dapat ketepikan kereta sebelum enjin mati. Aku dan mak aku terpaksa tolak kereta untuk ketepikan lagi. Ya allah, aku dah rasa macam nak menjerit. Sabar,
Mak aku macam nak pengsan, menggigil.dia memang tak sihat lagi. Kesian mak, tapi kesian lagi dekat abah. Dengan kaki dia yang sakit, tolak jugak kereta.
Masa tu, tuhan je yang tahu macam hilang arah tujuan. Menangis. Aku tak sedih cuma aku kesian dengan mak dan abah. Sabar lagi. Lepas abang aku u-turn dan pusingke arah kami, abah betulkan balik kedudukan battery yang dipasang tadi. Tiba tiba enjin berjaya dihidupkan.
Alhamdulillah.
Mak, pindah ke kereta abang aku. Aku dengan abah je dalam kereta tu. Istighfar banyak banyak. Macam macam dugaan hari ni ya allah untuk sampai ke kolumpo. Kenapa perlu sampai macam tu? Aku redha. Tapi apa hikmah disebaliknya. Apa yang kau tak mahu aku lakukan? Hem
Aku berdoa, agar seluruh keluargaku dan keluarga yang ku sayang serta seluruh umah islam kau lindungilah mereka. Berikan kesihatan dan dugaan yang mereka boleh melepasinya. Insyaallah.
Tapi, aku bersyukur sampai juga kami sekeluarga ke rumah. Cuma hari ini dalam sejarah aku dan abah tak pernah kami menerima dugaan sebegini rupa. Aku redha.
No comments:
Post a Comment