Sunday, April 20, 2014

ada panadol tak?

Ah! pening betul . asal malam je aku pening.

kejap macam ty, kwjap macam ni. tido pun otak gasak berjalan je. macam tak non-stop berfikir. 
ohmak ai! macam mana aku nak tido awal? banyak benda lagi sedang aku fikirkan.

ya rabbi. permudahkanlah semuanya.

aku harap, mak ayah aku akan kurus sikit badan lepas majlis. kah! sebab balik rumah ounlambat untuk edarkan kad. miawwww. padahal boleh pos. orang muda muda tuuu memang macam tu. hik! 

Aku pikir satu jela, mintak mintaklah cepat siap semua majlis. 

malas dah nak pikir lebih. penat. dengan keje yang balik rumah macam tu, dengan manusia banyak perangai. volume suara aku pun naik lah kalau dah customer macam bangan ye dak? arghhhhhh! 
manusia ni banyak ragam. semua nak perfect! tapi nak yang tip top berbaloi lah dengan harga yang kau bayar. *discusting

rumit.


panadol ade tak? aku nak rehat. hentikan pusingan otak aku ni. rest sehari dua boleh? 
tak mungkin. haha

dah nak sampai garis penamat. 

sabar. tak lama.
next. next.next.

aminn aminnnn yarabbalaalaminnn. 

Saturday, April 19, 2014

Status Terkini

Dalam diam tak diam, tinggal berapa minggu je lagi.

Arghhh! dunia aku bakal berubah, status bakal berubah. Tapi hati tetap nan satu. Gituww!
Dan persiapan alhamdullilah, dah nak siap. Around 90%. Ah! relex lah. aku balik cuti nanti aku siapkan lah apa yang patut. Rasanya balik cuci tangan dan rehat. Pegi spa ke apa yang patot ye dakk?

hehe

Rasa berdebar, tu belum sampai lagi. Sebab belum masa dia lagi kann.
dah nak sampai nanti tengoklah keadaan dia nanti. Hik!

Buat masa ni belum ada apa apa update lagi. Agak sibok dengan kerja, dan takda masa untuk berblogging macam dulu. Balik dah penat, tido tak cukup. Eyebag bertingkat tingkat.

Dan, jika ada update terkini akan aku update. Tapi bukan sekarang.

Gernitsmade?

Masih berjalan dan kalau ada masih nak order apa apa dari kami, boleh terus email. Dan yang penting lepas semua settle kami akan ambil order semula okeyhh!

Have a nice day. skejap lagi nak jumpa customer :)

Saturday, February 22, 2014

Promotion - Pakej kad Kahwin & Tunang

New Promo dari #gernitsmade !
Tidak perlu belanja lebih!!. All in 1 guys. Dari order kotak doorgift tempat lain, order kad kawin tempat lain, so better you get for this package. Lagi senang. around 2 weeks korang akan received barang.

Dan kami juga ada PROMO untuk BULAN MAC.

PROMO UNTUK BULAN MAC !
10 customer terawal akan terima free Guestbook atau 10pcs Button Badge atau 2pcs Bunting 5'x2'.

Apa tunggu lagi? Tinggal beberapa slots sahaja guys!

PM @ email kami di gernitsmade@gmail.com.
Let's booking with us #gernitsmade !

Like : https://www.facebook.com/pages/Gernitsmade/580572911978630




Tuesday, February 18, 2014

Printing Service

Masih mencari perkhidmatan untuk segala jenis percetakan dan reka bentuk grafik dengan harga yang memuaskan? 

- Business card - serendah RM11/box,minimum 5box.
- Flyers A5 serendah RM127 untuk 100pcs.
- kad kahwin - (RM166mm X 90mm) 1000pcs serendah RM182.
- letterhead (1000pcs) serendah RM175.
- t-shirt serendah RM15 sehelai minimun 30helai.

Thank you tag / paper bag / stiker / fail dan lain lain. Dan kami adakan promotion untuk pakej perkahwinan dan pertunangan. So ape lagi? Murah dan berbaloi, juga jimat. Save cost kan? Hehe

For more info, do hesitate us by email di gernitsmade@gmail.com atau ke facebook official kami. 

like : https://www.facebook.com/pages/Gernitsmade/580572911978630?ref=hl

Instagram & Facebook : gernitsmade





Sunday, February 16, 2014

Waiting and counting

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Lama juga rasanya tak menulis. mungkin dah takda orang nak browser blog aku yang takda ape ni. yelah skarang mana ada orang baca blog weyh! 

semuanya tengok instagram dan faceboksss right? 

hahahahahahahahahhahhahahah.

tapi dan sebenarnya aku takda lah sangat addicted dengan benda benda ni. aku suka menulis cuma sekarang tak cukup masa dan mood. mood up and down. biasa lah. nak dekat dekat ni macam macam benda nak buat. so nasib la,moksu aku ada boleh settle kan sikit sikit. 

dah banyak benda settle. cuma makanan, hantaran dan goodies belum siapkan lagi. kali ni semua moksu aku settlekan. yeayyyyyy! upah ofcoZz ade ok. no free at all. dalam dunia takda benda yang free dah kak oi. haha walaupun sedara mara, at least kita hulur betul. biar kita try hulur dulu, kalau dia kata takpa, ok masuk dalam poket balik kita belanja makan lepas kenduri. heheh

walauape pun thanks a lot in advance. hiks

dan sekarang aku tengah pening sket untuk cari goodies dan juga kasut nak nikah nanti. aku ni jenis dans spesis tidak reti cari high heels. weelllll, aku jarang kot pakai. tapi bila dah kena cari ni, at leastt bertumit aku terpaksa. kang mak aku bebel ke kak ipar aku ke kannnn. cuma boleh jadi adviser tanpa memalu dan reragu, tunang aku, hahahha. hopefullyyssss dia boleh membantu.

lelaki punya tengok lain macam sket. mungkin reti banyak berbanding aku. aku ni spesis tak banyak kasut. entah la, memang tak berapa nak ada. sebab aku ni orang yang jarang keluar dan tak berapa minat sangat dengan kasut. hahahah weirdo gileee! 

tapi dah kawin nanti bergaya lebih sikit lah kottt. hahah tapi bergaya depan suami je la kan. depan orang lain kang jayuh hukum lain. menayang pulak dekat orang lain. thats not good. mintak di jauhkan. aku terasa macam masih dalam mimpi. entah kenapa, aku dah besar kan? siap dah nak mendirikan rumah tangga, aku harap aku boleh jadi tulang belakang keluarga macam mak aku. insyaallah.

semua benda mak aku buat, semua dia reti buat, haih, sedih pulak rasa.

lepas ni, semuanya aku tak boleh dah bergantung pada abah, hem nak dengan abah. nak abah. :(
tapi lepas ni tak boleh lah nak merengek dengan abah nak itu ini. konferm aku rindu moment tu. alahai. 

**kesat air mata. 

yup. aku memang rapat dengan abah. sangat, apa apa pun yang terjadi abah dulu yang tahu. sampaikan mak aku jeles. tapi biasa lah perempuan, mesti dengan ayahnya. its normal. senang untuk aku berbicara. aku sakit, demam, nak itu nak ini abah mesti tunaikan. aku harap dia, pu dapat ,menjadi seperti ayah aku. tak banyak sikit. 

apa apa pun, aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang, tak susah tak senang. 

saat yang ditunggu bakal tiba. insyaallah, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. :')


            
                        
       




 

Wednesday, January 29, 2014

Pergi

Tinggal sehari je nak keje sebelum cuti tahun baru cina. Dan sehari je lagi aku nak ke terengganu.

Bukan nak bercuti. Takda hajat pun lagi.
Tapi,
Ade urusan yang perlu diselesaikan.
Hati ni rasa macammmmm.
Hem.

Tak pasti apa aku nak ungkapkan.
Rasa macam malas, patah hati, sedih, takut dan hiba. 
Aku tak berharap banyak,moga aku dipermudahkan segala urusan.

Aku harap, semua selamat pergi dan balik. Aku taknak benda ni siap separuh jalan.
Aku akan jumpa dia.
Dia dulu yang pernah bersama.
Mungkin seketika.
Banyak benda yang aku tak tahu.
Banyak benda yang menjadi tanda tanya.
Kenapa aku tak berani untuk tahu kebenaran? 
Kenapa? 
Atau tuhan taknak aku sedih jika aku tahu? 
Kenapa nak kena sembunyi? 
Atas sebab apa? 
Adakah aku tak layak untuk tahu? 

Semuanya persoalan demi persoalan yang bermain difikiran.
Terdetik untuk tahun kebenaran dari a hingga Z.
Namun aku kuat ke untuk tahu?

Aku cuba.
Aku akan berdepan dengan dia.
Aku harap aku kuat. 
Aku tak sehebat dan sekuat yang engkau rasa.
Aku masih manusia.
Punya hati dan perasaaan.
Punya hati dan rasa, punya hati yang boleh menangis.

Ya allah.
Aku redha.
Jika dia yang akan jumpa, berilah kekuatan.
Insyaallah. Amin :')

Saturday, January 18, 2014

Jejak dan rasa

Lama betul rasa tak hupdate blog.

Dan pada 18januari2014 baru lah aku mula update semula. Weyh lame sangat pegi mane? 

Ada je. Tak ke mana. Masih di tempat yang sama. Masih di situ. Dan kadang kadang, aku rasa letih ini masih ada lagi.

Mungkin masih ada yang tak tahu. Tapi biarlah dulu. Masih banyak persediaan yang perlu aku lakukan. Tapi benda ni benda baik. Tak salah pun.

Cuma sekarang ni aku ada masalah besar. Besar sikit dari yang sebelum ni. Teruk sangat rasanya. Hati berbelah bagi, pening. Macam nak muntah pikir. Bayangkan bila orang yang tak pernah kita jumpa, then aku kene jumpa dia nanti. Ohmai! Aku memang tak percaya. Cuma nak taknak aku terpaksa untuk itu. Kuatkan lah hati, harap bila dia pandang aku takdelah macam menjengkelkan sangat. 

Cuma dalam fikiran macam mana reaksi aku masa tu? 
Ape aku akan buat? Senyum ke sinis? 
Entah.
Aku tak fikir, cuma rasa macam pelik dan rasa tak selesa. Yup, itu yang aku akan rasa nanti. Tak lama lagi.

Biarlah yang tu.

Yang pasti akan ada yang lebih penting.
Banyak persediaan, barang barang, itu ini dan sebagainya.
Wow! Ni baru nak mula untuk rasa susah. Tapi aku dah rasa payahnyee nak cari duit lebih. 
Tapi yang pasti belum lagi untuk sara keluarga dan anak. Tiap tiap hari kerja. Takkan lah aku nak harapkan mak abah aku lagi? Oh i dont think so. 

Letih penat, susah senang nya nak sara diri sendiri. Baru tau tetonggeng, takda masa nak melepak huha huha dekat klcc, bukit bintang. Hewhewhew. 

Tapi biar kita bersusah susah dulu. Senang tu insyaallah di kemudian hari. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Pening memang lah pening kalau pikir duit, dengan kerja yang jauh macam ni. Nak buat majlis ulang alik lah aku balik johor. Adoiyai. 

Terpaksa lah. Nak buat macam mana. Redha jelah. Selagi mampu. Kalau tak mampu nanti cari lah keje lain. Hahaha. Tapi kalau ye pun tunggu bonus tahun ni dulu. Hiks

Oklah. Will update more sooonnnn. Cerita lagi best. Sekadar nak luahkan sikit sikit je. So nanti will update moreee soon. Walaupun saturday nite tonite, gua masih duduk di rumah. Malas nak hang out. Heeeee

Okbye.

Thursday, December 19, 2013

Fikir

Fikir kasi panjang, jangan pendek sangat.
Kasi pendek, kasi banyak hal.
Sebab tu semuanya datang masalah. 
Suka sangat ambik tak kesah apehal? 

Dont think that will be make u so havoc.
Eh. Macam nak nyanyi lagi havoc dah wei. Nahhh. 

Please before you do something, kasi fikir panjang panjang dulu eh ehh. 
1st jangan kasi orang bengang
2nd jangan kasi orang benci.
3rd jangan kasi orang menyampah.
Orang akan terus mengata dan terus mengata. 

U know what am i saying. 
Beware. Beware dan beware. 
Thanks! 

Monday, December 9, 2013

Sixinchleathergoods

Lama rasa tak update blog.

Btw kali ni nak merungkai sikit untuk "sixinchleathergoods".

Eh ape benda tu? 

Well known, ini adalag hobi serta minat tunang aku. Hapa hapa pun aku support dia. Aku pun minat jugak barang leather tapi tau beli tapi tak tau membuat. Ahh! 

Yang penting dia pandai jahit. Tunjuk kawan aku, dia kata "jahit mesin ke?" Haha tak weyh. Jahit guna tangan. Mihmihmih. Betapa semartnyeeee awak jahit. Heheh

Siapa siapa yang berminat boleh order sebab kami dah open order untuk leather. Harga boleh runding. Hee




Untuk lebih details boleh email gernitsmade@gmail.com :)



Sunday, December 1, 2013

Pagi itu

Pagi tu.

Fon aku berbunyi. 
Eh pagi pagi pun ada orang nak whatsapp.
Takkan abah pulak, tunang aku mungkin.
Nahhh! 

Sekali memang tunang aku.
Ayat mengada sikit dulu, lepastu aku nampak dia sent image,

You knowwww whattttt! 
Suka sangat buat kejutan dekat aku.
Benda comeeeeeellll sangat! 
Thanks sayang, thanks sayangg! Hee

Dah takpayah banyak cakap,
Dia tu memalam jadi burung hantu.
Orang tido dia bangun, orang bangun dia tido. 
Lepastu buat benda diluar jangkaan then tunjuk dekat aku.
How mengadaaa of thattt! Hee

Ni lah yang aku dok kata comel comel tu. Kalau uollss kata tak comel takpe, lantak pi dekat hang. Hee

*p/s: boleh jugak buat untuk wedding nanti. Thanks for the idea wahai tunangku. :)


Friday, November 29, 2013

Its fridayy

jumaat dah hari ini.

rasa nk masuk jumaat ni nak menunggu kemain payah lagi rasa. lama betul masa seperti merangkak rangkak nak melangkah. yang menunggu ni tak cita pulak? 
asal tengok jam, baru pukul 10pagi, sedangkan rasa dah masuk keje lama gila.
nampak tak dia punya prgi macam mana? malas tuhan saja lah yang tahu.
jumaat paling tak best kena pakai uniform keje. palinggggg tak best.hahahah 

malu betul wei. 

dan jumaat jugak paling best jika tAk keje keesokan hari nya. 
namun apa daya, esok keje. terpaksa, lagi dan lagi dan lagi.
bila naik bus nak sampai dah tempat keje, macam nak patah balik je tak nak turun bus.
boleh macam tu? 
tapi bila pikir nak kumpul duit abaikan perasaan tu, takpun balik kampung tinggalkan kolumpo.

lega tu kejap je. kejap.
rasa penat dengan keadaan orang sekeliling yang makin tak dapat bendung aku rasa jiwa aku terhenti dan tersepit. semak, serabut.

Tuesday, November 26, 2013

Gernitsmade update

Hello & assalamualaikum.

Lama betul rasa tak hupdate blog.

Anywayyss, gernitsmade sedang menyiapkan order yang tertunggak. Ada yang senang nak buat siap dah. 

Dan siapa yang masih mencari paper beg, label , tag , guestbook dan lain lain boleh semak atau cekidoutt di facebook @ instgram kami. Jangan nak pening pening pikir, just search GERNITSMADE ! 

Ini adalah stiker untuk majlis aqiqah yang diorder oleh pelanggan kami. Thanks! 


And ini teaser sikit untuk new produk! 
Tapi untuk suka suka, cuma kalau ada yang nak order boleh email kami di gernitsmade@gmail.com ! This is customade item ok.

Sesuai juga untuk cenderahati untuk perkahwinan, tunang atau hari jadi. 





Saturday, November 23, 2013

Sifat

Hasat dengki, iri hati, benci, dendam.
Itu adalah sifat semulajadi manusia. Kenapa kita selalu ada perasaan macam tu sesama kita? 
Dalam islam pun, tak suka kita ada perasaan mahupun sifat sebegitu.

Dan jika engaku ada sifat sebegitu, haruslah engkau membuang sifat itu. Kerana jika engkau tidur dengan perasaan marah, dengki , dendam maknanya engkau tidur dengan syaitan.

Hem.
Memang betul pun,itu apa yang aku dengar dalam tivi. Tak pernah aku rasa, bila bekerja yang tidak akan jumpa manusia asasi sebegitu.
Susahlah.
Nak jumpa yang semuanya alim, rendah diri, tak bongkak, tak menyemak, tak ada mata mata. Fuhh.
Kalau lah aku akan jumpa jenis yang slowmo, lepastu relex, chill kan best! 

Tiap tiap hari rasa nak pegiii je kejeeee. 
Tak pernah mengeluh, malas, letih, bosan penat, mendukacitakan. Dannn yang penting no gosip! Kannnnnn,

Well known,
Gosip pun satu sifat yang tak baik. Kadang kadang kita tak gosip, cuma nak sampaikan sifat tak puas hati tu tak tahu dekat mana. Bila nak luahkan takda siapa nak dengar. Bila minta diluahkan kata kita ingkar arahan. 

Untunglahhh siapa dapat bos lelaki, dan rugi tersangatttlahhhh bila dapat bos pempuann. Tapi memang leceh, bila bos dan pekerja tiada ikatan yang mesra. Macam mbos lelaki dulu, tiap tiap jumaat pasti akan ada tazkirah pagi. Dia sendiri yang motivate kita. Barulah ada ikatan yang kuat antara kita sesama islam.

Memang betul kata ayah aku, 
Kalau bos tak boleh duduk semeja, gelak, bebual dan takpernah ada motivate semasa kerja hanya tahu mengarah sahaja namanya dia tidak berkeja seperti dalam islam. Haaa

Sebab sepatutnya dia praktikkan benda itu dalam tempat kerja. Dann aku rasa lansung takda keceriaan dalam tempat kerja juga bos dan anak bawahan. Hahah sungguh sedih. Terasa sangat dah ni, nak setahun dah kerja. Conclusionnya, memang tak best. Kerja terpaksa ni macam kita ni yang dipaksa minum air yang kita tak pernah suka lebih kurang macam tu lah.

Alahai, sedihnyee kan tempat kerja tu.
Dengan orang yang makin kurang, tiap tiap hari kena maki, kena push dengan orang atasan, itu tak boleh ini tak boleh.rules makin mengarut. Sampai bila benda ni nak ended eh? Tunggu dia pencen lahhhh. But i think lambat lagi kot. Muka je dah tua, tapi umur tak tua lagi mungkin. Terlalu sayang dengan kerja mestilah muda kannn uolss. Kehkeh whatever.

Biarlah dia dengan tempurungnya sendiri.
Apa yang penting, tiap kali datang kerja awal. Jangan datang lambat, jangan buat silap, masuk lunch awal dan jangan pegang telefon bimbit semasa kerja dannn mc jangan habiskan. Settle! 

Rules entah menjadah je rasa. Fuhhh.

Hanya orang hati kering je boleh keje macam tu. Siapa yang kerja macam tu, memamg power lah. Gua tabik spring bak kata maknyah depan bustop. Kah! 

Hopefully bila kita salah dalam pekerjaan akan ada bos yang backup anak buah dia, dan bukan menunding jari kata kita bodoh. Harapan tinggi, namun hati yakin tak mungkin akan berlaku, fuhhh.

Biarlah, moga ada petunjuk dan hikmah untuk dia. Tak siapa yang suka bila dia berpelakuan sebegitu. Makin orang menyumpah dan menyampah.tak siapa yang sanggup melayan kerenah dia. Terpksa mungkin, yang jenis suka mengipas teruskan usaha anda untuk kipaskan bos anda.

Sekian.

Sunday, November 10, 2013

Si gernitsmade

selamat petangg uolss!

hari ni gua demam. Bukan nak cita pasal demam, tapi nak cita pasal gernitsmade.

yes, just nak inform kami masih buka untuk order barang @ servis dari kami.

Jika masih yang tak tahu bisnes apa yang kami buat ni nyang nak bagi tahu. jika sesiapa masih mencari untuk tempat nak buat guestbook wedding @ reunion, thank you tag, tag untuk label baju, sticker, bisnes kad, kad kahwin, paper bag dan sebagainya boleh lah ke laman sosial kami di facebook atau instagram.

kepada customer kami yang telah membuat order dan bayaran sabar ye, barang anda masih dalam proses untuk printing. hehe. jika dah siap kami akan upload gambar untuk tontonan. Yeayhhhhhhhh!

untuk maklumat lanjut boleh email kepada kami ye! cheers!



instagram 



Facebook 







Thursday, November 7, 2013

Kuman

Kuman kecil yang semakin merebak.
Diplomatik di sana sini.
Makin lama makin pedih, makin senak, makin dihempap rasa tekanan yang kian membara.
Manusia lain paham ke apa yang terjadi di sana? 
Manusia lain tahu ke apa yang diri ni rasa?

Entah.
Tak pernah aku rasa seberat begini.
Tak pernah aku rasa bagai dihempap batu yang besar nya bak manusia yang beratnya 120kg.
Makin hari ada je yang tak kena.
Makin hari ada je masalah yang datang,
Makin hari makin banyak kesalahan yanh dicari,
Bertalam dua muka, tiga empat lima dan sepuluh terus aku bagi.
Benci, sakit, letih.

Rasa ni tak boleh diredakan dengan senyuman palsu.
Boleh berikan yang tulus? 
Yang jujur? 

Bukan mudah untuk rasa dipercayai.
Anasir anasir yang tidak sedap sentiasa ada.Sentiasa merebak seperti kuman kuman kecil. Kalaulah boleh aku rembeskan atau cucikan dengan pencuci jamban, atau clorox mungkin lebih bersih.

Hati manusia asasi tak mudah untuk dibersihkan. 
Jangan terlalu mendongak tinggi, sesekali tundukkan sedikit pandangan tu.
Jangan terlalu dengki dengan manusia lain tak kemana sifat kedengkian tu. 
Bila menusuk diri makan anak bini.

Endahkan manusia lain,
Cermin sisi kan diri sendiri.
Biarkan apa yang terjadi disekeliling.
Perluaskan langkah,
Perluaskan segalanya. 
Indah tanpa sifat seperti kuman yang senang dijangkiti.

Wednesday, November 6, 2013

Peluang

Apa yang gua perlukan ialah PELUANG.

Gua harap tahun ni gua dapat peluang tu.
Gua perlukan sesuatu yang baru.
Letih, lesu, lemah.
Kadang kadang bukan letih dengan kerjaya tapi letih dengan keadaan sekeliling.
Perkara yang gua lari, masih gua jumpa.

Kenapa? 
Dan gua baru sedar, tak mudah tak senang untuk larikan dari perkara tu.
Dan gua baru sedar, sampai bila bila ia masih dimana mana. 
Gua ingat lagi pesan bos dulu,
"Mana mana pun sama, cuma kita je yang dapat mengubahnya".

Monday, November 4, 2013

Awal muharram is coming

Salam awal muharram.
Selamat tahun baru.

Alhamdulillah, malam ni dah masuk tahun baru dalam kalendar islam. Mungkin azam tahun lepas masih ada cebisan yang tidak habis ditunaikan. Tapi ada yang tidak pernah terlintas aku menghadapinya iaitu ke status yang berbeza. 

Tidak pernah terlintas, tapi mungkin bermimpi untuk berkahwin. Alhamdulillah. Ianya memang tidak dirancang, namun dengan keredhaannya semuanya terjadi.
Insyaallah, tahun baru ini akan berubahnya satu lagi tapak dalam hidup.

Kerjaya yang kukuh, 
Dia yang sentiasa di sisi,
Ibu bapa yang masih setia.
Apa yang aku mahukan lagi? 
Aku mohon, diberi kesemua yang aku sayangi memiliki kesihatan yang baik.
Moga dibukakan rezeki yang luas dan kehidupan yang diberkati. 

Tiada apa lagi yang aku mahukan dalam hidup ini.
Cuma mahu seperti orang lain.
Hidup biar tidak mewah namun selesa dan diberkati. 
Aku mahu disayangi dan bukan dicaci.
Aku mahu dihormati dan bukan dijatuhi.

Apa yang aku harapkan tahun ini,
Semua azam, cita cita dan harapan akan tercapai.
Aku mahu lihat ibu bapa aku tersenyum bukan menangis.
Aku mahukan dia sentiasa disisi hidup dan mati aku bersamanya.
Moga semuanya direstui,
Tinggalkan kepahitan, berikan kemanisan.

Amin. 


Saturday, November 2, 2013

Rintangan

Hari ni 2november2013.

Yang pasti macam macam dugaan yang aku sekeluarga hadapi.
Dari mula aku keluar rumah, sarapan lepastu ke midvalley tengok pcfair. Memang rasa macam haram bila pegi sana. Dengan sesak bagai nak gila, stuck dalam tu sejam lebih, berjalan macam siput sedut. Nak cari jalan keluar punya lah susah.

Bila orang tanye : nak cari ape cik?
Aku : nak cari jalan keluar lah.

Eh kau gila, stuck tak boleh bernafas. 
Nak cari barang pun susah. Yang boleh dibuat, tolak orang suruh jalan cepat.

2nd.

Lepas dari midvalley, pegi amcorp. Yang tu so so lah. Tak lama tu, dalam jam 4ptg aku dapat panggilan dari abah. Abah memang nak datang kolumpo hari ni. Gua dah resah je. 

Abah : dik, kereta abah rosak. Skarang dekat tepi highway. Cuaca mendung. 

Aku : adoi. Jantung aku macam nak tercabut. 

Dah la mak tak sihat, kereta tu pun tak sihat sangat. Aku dah cukup resah mak abah aku je dekat highway. Dalam kepal memang running benda tak elok je. 

Dengan gegas aku bagi tahu abang aku dan kitaorang pegi nak tengok abah. Abah keep calling, dan aku pun. Risau nak mati aku. 

Aku mintak tolong dengan Plusline mintak untuk tarik kereta abah pegi ke kawasan rehat. Bahaya kot tepi highway. Tak lama lepastu, abah call dia dah dekat kawasan rehat plus dah tarik kereta. Lega sikit tapi sikit je. Sebab masa tu dah hujan. Bimbang lagi. 

Lepas sampai dekat kawasan rehat r&r senawang bila aku turun kereta dapat tengok muka mak abah aku barulah hati tenang. Dah baiki semua, kitaorang gerak balik kolumpo.

Sampai je serdang, kereta abah tiba tiba enjin mati tengah tengah jalan. Lampu kereta tiba tiba gelap. Kereta mula berhenti sikit demi sedikit dan tidak bergerak. Nasib sempat abah ketepikan kereta. Nak bukak lampu emergency pun tak boleh disebabkan battery kereta down. Semua tak berfungsi. 

Aku da mula cuak. Ya allah, apa lagi dugaan yang kau nak bagi lagi. 

Abang aku pulak dah kedepan melepasi kereta abah. Nasib abah dah dapat ketepikan kereta sebelum enjin mati. Aku dan mak aku terpaksa tolak kereta untuk ketepikan lagi. Ya allah, aku dah rasa macam nak menjerit. Sabar, 

Mak aku macam nak pengsan, menggigil.dia memang tak sihat lagi. Kesian mak, tapi kesian lagi dekat abah. Dengan kaki dia yang sakit, tolak jugak kereta. 

Masa tu, tuhan je yang tahu macam hilang arah tujuan. Menangis. Aku tak sedih cuma aku kesian dengan mak dan abah. Sabar lagi. Lepas abang aku u-turn dan pusingke arah kami, abah betulkan balik kedudukan battery yang dipasang tadi. Tiba tiba enjin berjaya dihidupkan.
Alhamdulillah. 

Mak, pindah ke kereta abang aku. Aku dengan abah je dalam kereta tu. Istighfar banyak banyak. Macam macam dugaan hari ni ya allah untuk sampai ke kolumpo. Kenapa perlu sampai macam tu? Aku redha. Tapi apa hikmah disebaliknya. Apa yang kau tak mahu aku lakukan? Hem 

Aku berdoa, agar seluruh keluargaku dan keluarga yang ku sayang serta seluruh umah islam kau lindungilah mereka. Berikan kesihatan dan dugaan yang mereka boleh melepasinya. Insyaallah. 

Tapi, aku bersyukur sampai juga kami sekeluarga ke rumah. Cuma hari ini dalam sejarah aku dan abah tak pernah kami menerima dugaan sebegini rupa.  Aku redha. 

Indah

Tak pernah pernah aku update blog pepagi buta.

Entah.
Asal tiada fon berdering aku boleh tersedar. 
Cukup alert bab tu, walaupun aku dah tido. 
Nampak tak apa yang selalu running dalam otak aku? 
Cukup faham kan? 

Ya semestinya.

Tak pernah leka, tak pernah lupa, tak pernah kalah bab tu.
Aku memang kuat dan power bab tu.
Biasa lah perempuan, pernah pulak terlepas dari bab bab bertanya ni. Soalan demi soalan aku lepaskan. 
Hahaha

Selamat tinggal oktober,
Selamat datang november.
Hari demi hari,
Aku mengira detik dan waktu.
Bukan mengira dalam hati, tetapi dengan jari.
Banyak perkara indah, banyak perkara susah. 
Susah dan indah memang berbeza.
Walaupum cita rasanya mungkin terlebih garam aku teruskan jua.

Kawan baik aku akan berhenti keje,
Nanti tiada tempat mengadu, bergaduh dan bermanja,
Kerja semakin mengalami sesuatu had yang maksima, 
Stress bertambah,
Gemuk bertambah,
Marah bertambah,
Rindu bertambah,
Cinta bertambah,
Sayang bertambah,
Pening bertambah,
Sakit jiwa pun makin bertambah.

Macam macam ragam aku kaut.
Sabar je lah usaha aku.
Redah dengan apa yang berlaku.
Aku mohon untuk kebaikannya.
Moga segala susah dan senang yang kau berikan pasti ada keindahannya. 

Selamat datang november.
Sebulan lagi nak ke disember.
Datang dengan membawa seribu kenangan dan keindahan.
Jauhkan dari segala keburukan,
Tinggalkan aku dengan seribu keindahan. Amin




Monday, October 28, 2013

Rasa itu

rasa itu memang tak dapat nak digambarkan.

rasa itu, hanya aku dan engkau yang tahu.

rasa itu cuma aku sahaja yang dapat tahu kepahitan nya.

rasa itu cuma aku yang dapat tahu kemanisannya.

apa erti kalau,
takda siapa yang ingin bertanya,
tiada siapa yang mahu membantunya,
cuma sekadar meminta, tapi tak pernah rasa.
hati marah, kecewa. tapi demi hati dia terpaksa.

ini petunjuk atau macam mana?