Wednesday, May 18, 2011

Selamat Tinggal Atukku

Assalamualaikum and hi guys!

Entry kali ni untuk Arwah atuk ku dan Abah.
mungkin abah tak membacanya tapi tak ape.biarlah aku meluahkannya disini dan dikongsikan bersama dengan kalian.

Selama 3hari ni, ramai betul yang telah pulang ke rahmatullah.Berat hati rase nya meninggalkan orang yang aku sayang.Aku redha dengan pemergian mereka. Bukan atok aku je, tapi atuk sedara aku dan sedara mak aku.Memang sebak hati sebab walaupun aku tak rapat dengan mereka, talian darah mungkin nampak.

Hari isnin hari tu aku,abah dan emak bergegas pulang ke kampung sebab mendapat berita yg atok aku sakit.Pagi tu aku melihat abah tak lalu makan pagi.Aku tahu apa yang terbuku dihatinya tatkala itu.Aku diamkan aja dengan mak.

Kami memulakan perjalanan dari kL ke Batu pahat,johor.Abah memandu dengan laju kekadang untuk sampai ke kampung dengan cepat.Aku tahu perasaan abah time tu.Nak cepat sangat jumpe dengan bapanya. setibanya kamidi kg, aku lihat sebujur tubuh terbaring di hadapan aku.alangkah sayup nya hati bile melihat atok yang terbring dan tidak sedarkan diri.

Kami memanggil atok dan memberitahunya yang kami dah sampai dan menjeguk dia. tapi dia tak bagi ape2 respon pada kami.Dia dah tak sedarkan diri selama 3hari.Lalu, aku pon membaca yasin untuk atuk, moga kesihatan nya sembuh.

Hari ni, aku dah berada di kuala lumpur dan aku menerima panggilan telefon dari abah.

abah: Dik, atok dah meninggal.
aku: bile?
Abah: baru je.
aku: ala adik nak balik tapi kije pulak.sempat ke kalau nak balik?
abah: takpe la, tak sempat.adik kan dah jumpe 2hari.biarlah,yang pergi tetap pergi
aku: (aku menangis sebentar.memang rase sayup hati ni)

walaupun aku tak rapat dengan atok dan aku bukan cucu kesayangan dia. aku tetap sayang atok.Atok, jika kau ada lagi tatkala ni, aku nak bagi tahu yang sebenarnya orang sayagkan atok sangat2.Tapi hasrat ni nampak nya tak tercapai.

Moga atok bahagia disana.Dan bila orang pulang ke kampung, org akan jenguk atok.Orang tak lupe atok.nampak nye raye ni tak ade atok.hilang lagi sorang atok. maaf jika orang mungkin melupakan atok.Tak ada niat dihati untuk membenci atok walaupun mungkin atok tak suke dengan orang.kecewa mungkin ada. tapi tak ape, orang maafkan atok.Maaf sebab tak dapat hantar atok ke rumah yang kekal abadi.

Moge kita akan berjumpa lagi.Orang akan hadiahkan surah yasin untuk atok malam nanti.Jangan lupa kan orang ye atok insyallah..

Atok akan dikembumikan pukol 4ptg ni di batu pahat,johor.

Untuk Abah:
adik tau abah tak menyesal dengan pemergian atok sebab abah dah buat yang terbaik sepanjang dia hidup masa tu.adik harap abah tabah.abah dah tak ade mak dan abah.Tapi abah masih ada kiteorang sekeluarga.Raya tahun ni, abah dah tak ade mak dan ayah.Tapi kami masih ada.

Adik tau abah sedih.semalam masa abah kucup dahi atuk, adik rase sayup je melihat abah.adik pon turut nangis dan sedih.tak apa lah abah, abah dah buat yang terbaik untuk mereka.Kita kena harungi hari-hari kite dengan lebih baik.Diorang mesti tak nak tengok abah sedih. peracayalah. Adik sentiasa dengan abah.

Al-fatihah untuk arwah atok.Moga dia ditempatkan orang-orang yg beriman