Wednesday, June 15, 2011

Penduduk KL gempar rasa gegaran?


Penghuni di beberapa buah bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur hari ini cemas seketika apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira jam 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada jam 8.08 dan 11.01 pagi.

Turut tidak terkecuali adalah ribuan kakitangan awam yang terpaksa bergegas keluar dari Bangunan SUK di Shah Alam setelah berlaku gegaran kira kira pukul 11.30 pagi ini.

Gegaran itu dikesan dua kali.

Seorang kakitangan awam berkata, gegaran itu dapat dapat dirasai di tingkat lima termasuk menyedari bingkai gambar didapati bergerak-gerak.

Bagaimanapun, wartawan yang berada dalam sidang akhbar menteri besar di bangunan annex tidak merasai gegaran itu.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan gempa bumi sederhana di Sumatera Utara, Indonesia itu.

Menurut kenyataan jabatan itu, pusat gempa ialah 330 kilometer ke barat daya Klang, Selangor.

Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung terutama di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Petikan sumber dari malaysia kini.com


Heloff!

Haa. korang dah baca petikan yang aku petik dari malaysia kini? semalam di office aku pun merasai gegaran tersebut. Aku tau dah yang ada gempa bumi di laman Twitter.So, just knowing je la kan. then pagi semalam lebih kurang kol 10lebih (pagi), aku ada terasa macam goyang-goyang la kan. bajet kpale aku yang pening2 ke ape ke. terlupe plak pasal berita gempa bumi tu.

Kawan aku pon dok usha aku tanya, "ko ada rase gegar x?"

Ah! sudah. betol la ni kan. 2kali kot aku rase, memang cuak la kan.tapi xde pun kiteorang turun ke lobi. sedangkan kiteorang kat tingkat29. ok! terbaikk di situ -__-

Kalau ape2 terjadi kiteorang la kot yang terakhir sampai. huhuhuh

Ape-ape pun mungkin ini hanya sekadar gegaran yang kita rasa. macam mana orang yang duduk kat negeri tu? bayangkan?

Kita sekadar boleh mendoakan supaya tiada apa2 yang berlaku kat mereka. Nak membantu mungkin tak sampai. So, hanya mampu berdoa dan ingat yang dunia kita semakin tiba ke penghujungnya. aminnn.. :)

p/s: selepas kejadian gempa bumi semalam, internet korang selow tak? :)


2 comments:

kc kasedah said...

pening woh smlm. rasa nak muntah pn ada. lg teruk dr naik spinner kat genting. phewwww

-XaXao- said...

hahha.sangat! semlm dah muntah2 da :(