Sunday, August 14, 2011

Risalah Hati

Risalah hati dariku untukmu..

Terima kasih kerana datang ke dalam hidupku semasa aku jatuh,
Terima kasih kerana kau datang membangunkan aku,
Hidupkan kembali dan memberikan nafas kepada ku,
Kau telah memberi senyuman kembali ke dalam hidup aku.

Kau banyak memberikan semangat dan tunjuk ajar,
kau banyak menegur aku,
Kau banyak memberi nasihat,
Terima kasih.

Cinta?
Sedikit demi sedikit rasa itu wujud,
Tak dapat aku nafikan,
Mungkin ia datang tanpa diundang,
Memang..
walaupun sejauh mana kita lari dari dia, dia tetap akan datang singgah dalam hidup,
Betul kan?

kau sentiasa disisi aku bila aku perlukan kau,
Aku cuba memahami hati kau,
Aku cuba untuk into dalam hidup kau,
Mungkin aku tak boleh nak menjadi MS.perfect untuk kau,

Tapii..
Kau tahu kan, nobody's is perfect dalam dunia ni?
Jika engkau menerima diri ini seadanya..
Aku rasa akulah orang paling bertuah dalam hidup ni.
Tapi biarlah kita berkawan rapat dahulu.
Kenal sedalam-dalamnya.

Berilah sedikit ruang dan waktu untuk aku,
Bagaimana hidup aku tanpa cintamu?.
Mungkin aku akan menjadi tidak tentu arah tanpamu.
Mungkin aku telah terbiasa dengan cinta dan hati ini tidak pernah serik.

Aku akan sentiasa berada disisimu jika kau memerlukan aku,
Aku akan menjadi pendengar setia, bila kau menghadapi masalah,
Aku akan cuba untuk meleraikan segala duka yg kau hadapi..
Aku akan sentiasa memberi sokongan kepada kau jika kau perlukannya.

Semasa kita bersama,
aku tidak pernah rasakan derita,
Bila aku memandangmu,
Aku rasa aku ingin memberitahu "aku ingin kamu",
Tapi aku masih tidak dapat nak mengungkapkannya,
Mungkin satu hari,
Akan tiba masanya,
Aku harap kau nampak dan sedar semua itu,
Aku rasa selesa bila bersama,
Aku rasa sungguh gembira bila bersama.

Dan aku selalu bertanyakan dengan kau,
"Bulan ni agak2 nampak tak kat rumah kita, bila kita balik nanti?"

Kau: "Nampak rase nye"..
Aku: "Kalau nampak,kita tengok sama-sama k?"..
Kau: hanya tersenyum.

Aku tak dapat nafikan,
Setiap saat bersama kau,
Aku akan manfaatkannya,
kerana aku tau kita akan berjauhan,
Tapi,
Aku tak pedulikan apa yg akan terjadi selepas ini,
Aku tak mahu fikirkannya.
Aku sedih.
Tapi aku akan cuba menerima,
Kalau itu yg dah tertulis.

Sebelum kita jauh,
Aku ingin kau tahu,
aku takkan berdaya bernafas tanpa mu,
Pernahkah kau tahu,
Aku sayang kamu..


Sekadar pemanas telinga :)



Nota kaki : Cinta itu bagaikan lukisan,perlu dilukis,dihiasi,dinilai dan dihargai

6 comments:

alfsfr.ali said...

nice!!:)

-XaXao- said...

thnx :)

Lala Adila said...

nice one babe .. loike !

-XaXao- said...

thnx weyh. risalah hati :)

Rara said...

wow..~!
lama x nmpak ko kt times..
hihi

-XaXao- said...

ahahah. mcm2 ah ko ni :P