Saturday, September 17, 2011

Please Move On lah!;

Move, Move and Please Move;

Susah sangat ke nak Move On?. Ape yang susah sangat sampai kau tak nak bergerak? Nak berdiri dan menunggu sesuatu yang tak pasti yg mungkin bukan milik kau?.

Memang sumpah, aku pelik dengan diri kau yang tak reti nak maju kehadapan. Please lah bukak minda bukak hati. Tak susah kan untuk menerima orang lain dalam hidup kau?

Memang susah untuk menerima orang lain dalam hidup kita selepas apa yang berlaku. Memang take time. Tapi, barang yang lepas janganlah dikenang der.. Kau tak kan dapat apa pun. Maybe kau akan dapat dia balik, tapi mungkin dia dah lain. Tapi kalau ade perubahan dan hikmah dari allah itu mungkin lah.

Sebenarnya, aku sedang berusaha untuk tidak memikirkan diri kau lagi.

Aku sedang berlawan dengan semua tu.Hilangkan segala rasa hati aku pada kau sebelum ni. Tapi tetiba kau muncul balik. Tolonglah lupakan aku, lupakan ejaan nama aku. Jangan kau sebut atau taip lagi pada aku.

Penat dah bermain dengan game kau. Betul. Letih. Aku memang tak dapat nak menerima. Menerima engkau? Aku tak tau. Bagi aku masa. Kau yang diam seribu bahasa, kau yang ignore aku. Aku bukan nak membalas apa yang kau dah buat pada aku. Aku tak kesah pun.

Ignore me, i don't care. But don't wish i'll be there someday when you need me. #DearDiary

Cuma, masa kau susah. Atau tetiba kau teringat aku, tolong jangan cari aku. Aku tak nak, diri aku teringatkan kau lagi. Bagi aku ruang yang secukupnya. Biar aku melupakan kau sedikit demi sedikit. Boleh kan kawan?


Nota kaki : Jangan kejar apa yang tak pasti

No comments: