Thursday, February 16, 2012

Perubahan


hari berganti hari, semuanya dah berlalu. apa yang gua perlu, adalah langkah seterusnya.

Tanpa menoleh kebelakang lagi. Cukup dengan apa yang dah gua rempuh. Hati luluh.Berpeluh gua merempuh semuanya. Dalam hati, gua tak meninggalkan setitik dendam. Biarlah gua melangkah dari kehidupan itu.

Mungkin langkah gua silap, tapi itu yang mengajar gua untuk melangkah dan belajar dari kesilapan. Muka gua nampak je senyum lebar tapi dalam hati, gembira gua disulami dengan luka. Tapi gua tutupkan dengan kegembiraan bersama teman.

Sakit. Itu perkara biasa dalam kehidupan.

Yang lalu, biarkan lah ianya berlalu. Mungkin ade hikmah disebaliknya. memang susah untuk gua lepaskan, tapi bila dah melihat kebenaran di depan mata gua akur dan terima dengan hati yang terbuka. Hati tertutup. Kenapa, semuanya berulang kembali? Gua tak pernah minta ianya kembali seperti dahulu.

Dan tibalah satu hari, gua dipertemukan kembali dengan dia. Gua kenal dia dari kawan gua. Oh! dia menetap di JB sekarang. Pernah gua bertemu dengan dia, Tapi masa tu, gua tak nampak sangat dia macam mana. Dengan mula menegur dia. Pemalu orangnya. Yelah. Tanya nak makan apa pun segan segan.

Gua mungkin tak mengenalinya sangat. Maafkan gua. Tapi sekarang gua mula ingin mengenali nya. Sejak gua mula skype, chat di FB. Oh! hati gua mula terusik. Dia banyak mengusik hati gua yang sedang sedih pada mulanya. Dia buat gua tersenyum. Senyum lebar depan pc sorang sorang. Terubat jugak hati gua. walaupun pada mulanya, fikiran gua entah ke mana.


AN : 'lepaskan lah.saya nak jalan ni *sambil seret bear.'
Acanbadak : 'kalau nak jalan, bawak saya sekali.'
AN : 'tak nak, saya tak nak menyusahkan awak.baik saya jalan sendiri.'
Acanbadak : 'tak susah pun, awak jalan je kemana yg awak nk pergi dan pada satu jalan nanti,mungkin awak akan jadi milik saya.'

Cerita yang pada dasarnya, gua tak plan pun. Dari hati turun ke jari jemari gua untuk mencoretkan ayat tu. Bila dia balas skype tu, gua terharu sangat. Kenapa gua boleh menitiskan air mata? Gua terlalu tersentuh. gua yakin mungkin dia yang boleh menggantikan kelukaan ni.Dengan adanya yakin masih ragu ragu.tak pelah, gua bagi diri dia untuk masuk dalam kehidupan gua.

Gua tak nak meletakkan harapan terlalu tinggi menggunung. masih baru dan banyak yang perlu gua tau. Gua bukan takut untuk melangkah dan tak percaya. Cuma tak mahu hati dilukai untuk kali kedua. Biarlah kegembiraan itu kekal dan berpanjangan. Gua harap, ape yang gua harapkan dan ingin kan selama ni termakbul. Penat, luluh, letih sebab selalu terjatuh.

Awak, tolong pimpin saya. Saya taknak terjatuh lagi. jagalah hati saya dengan baik.
Tolong jangan lukainya lagi.Awak, saya dah penat, letih.
Kadang kadang saya rasa tak mampu nak bangun dan berjalan.
Saya minta supaya awak sentiasa dengan saya.
itu saja yang saya mahukan dari awak.
mungkin saya taklah sebaik yang lain, kisah lama ada.
tapi saya akan cuba memperbetulkannya semula.
Saya nak awak pimpin saya.
Saya akan cuba untuk berubah dan menjadi yang terbaik untuk awak.
Saya menerima awak seadanya, dan harap awak menerima saya sedanya juga.

Tiap tiap pagi, sampai di pejabat gua bukak skype dulu. Memang rasa nak cepat sampai je. Sebab nak chat dengan ikan emas.Entah kenapa, hati rasa berdebar. Padahal skype je pun. Tapi dia dah buatkan hari hari gua ceria. Dan gua mampu senyum dengan kata kata dia.

Gua harap apa yang dia dah bagitahu kat gua harap harap betul lah. Gua taknak dilukai.Gua mengatur langkah demi langkah. gua minta sedikit masa untuk berkenalan. Memberi ruang untuk gua faham dirinya. Semalam, dia "declare" dengan gua. Gua rasa nak berguling guling je.Hanya tuhan yang tahu perasaan gua time tu. Gua hanya mampu tersenyum. Gua dan dia masih malu malu.

Patutlah, banyak soalan serius yang dia tanya pada gua semalam. Oh, nampak macam menguji. yelah. Jujur gua cakap, gua banyak berfikir tentang dia sejak sejak ni. entah, mengelamun, gila bayang. Gua pun dah bagi dia nama saintifik. hehehe "Ikan emas" untuk dia. "Nemo" untuk gua. Entah apa apa je kan? tapi biarlah. Itu yang dimahukan. Biarlah orang nak cakap apa.

Bila dia menulis entry untuk gua di dalam blog dia, subuh tadi jugak gua baca. Bangun2 gua raba fon, gua ucapkan selamat pagi kat dia. Nampak dia online. cepat cepat wish.bagitahu yg gua dah bangun. Dia kata baru lepas update blog. tangkas gua minta link blog. Masa gua baca tu, gua senyum sorang2.Sedar sedar gua dah lambat nak mandi.tapi gua Tak menyangka blog tu tentang pertemuan dia dan gua. Terima kasih. Entry tu dah pun gua reply.

Mungkin pertemuan gua dengan ikan emas tak dirancang. Mungkin dia jodoh gua? Gua terima jika dia menggantikan kelukaan hati ni. harap, dia boleh pimpin gua. itu sahaja yg gua harapkan. katenya, nk jumpa gua dalam masa terdekat ni. Yelah insyallah. Ada jodoh kita jumpa. Heppy betul dia bila gua cakap gua nak balik rumah gua. Tak jauh pun. yelah excited sangat gua tengok. Mungkin gua tak nampak muka dia, tapi dengan cara dia meluahkan di atas keyboard, jauh di sudut hati dia senang dengan gua.

***********

Esok, perubahan bakal berlaku. Pertukaran tempat kerja. Boss pun cakap, esok dia akan bagi tahu kemana kami semua akan ditempatkan. Gua dah beritahu pada dia pasal ni. Dia takut juga kalau jaoh gua pergi. Insyallah, kita tak jauh. Doakan ye. Tapi sejauh mana pun akan gua pergi, ikan emas tetap akan gua ingat. Sebab dia yang membuatkan gua tersenyum sendiri sekarang.

Thanks ikan emas,
Awak emas dihati saya sekarang.
Capaikan hajat awak tu.
Usaha dan cuba ye. :)

11 comments:

sihassan said...

kemainnn lagi, hehe

-XaXao- said...

keh keh :p

Anonymous said...

alhamdulillah...semoga ianya berkekalan dan berpanjangan....nor doakan kbhgiaan ana ok...(^__^)

Kc Kasedah said...

kemainnnnnn tak gtauuu ;p

-XaXao- said...

eyda : terima kasih. rindu eyda :)
Kc: hehehehek. tapi awk jgn slh anggap. ni org lain :)

Ieka AbWahid said...

awwwwwwww...so sweet :')
smoga berbahagia slalu.hikhik

-XaXao- said...

ieka: bukan main sweet lagik! :o

farhana said...

cogrest my cousin.... hope u happy... nnt klau dh semakin serius jgn luper bg tau aku.....

syira syah said...

wahh best nye.

nak ade ikan emas jugak. hukhuk

:)

Rara said...

so sweett..
hahaha congratez

-XaXao- said...

heheheh thanks guys. aminn :))