Wednesday, February 22, 2012

My Soul

harap dia jodoh gua.Cukuplah dia yang terakhir dan selamanya :)

01 #Menanti

Yup. Akhirnya, gua dapat jugak jumpa dia selepas gua declare sebagai buah hati dia. Oh! hanya tuhan je yang tahu bagaimana hati dan perasaan gua masa tu. Sabtu lepas, gua pulang ke kampung halaman kerana terbabit dengan kursus. Ah! kursus kawen je. Bukan apa pun, sekadar meneman adik sepupu gua dan kawan beliau.

Sebelum gua pulang ke kampung, gua ada bagi tau kat dia. Yang gua akan pulang ke kampung halaman Jumaat lepas kerja dengan abah dan mak gua. Malam tu, gua dan dia skype. Masa di tempat kerja pun dia dah super excited nak jumpa gua. Tapi gua relex je. Tak delah yang menunjukkan gua excited sangat. Tapi dalam hati, tuhan je tau perasaan gua masa tu.


Dia kata, nak beli baju baru, semua yang baru baru untuk jumpa dengan aku. Hati gua sangat terharu masa dia beritahu yag dia nak jumpa gua. Lama betul rasenye gua tak jumpa dia. Kursus tu habes dalam jam 6. Perjalanan dah setengah jam. Gua dgn adik sepupu gua bergerak tangkas masa tu. Dah la jem. Banyak kali gua text dia cakap mintak maaf sebab lambat. Gua takut dia marah je. Yelah, die pun sampai awal. Hati gua masa tu resah gila. Takut die balik je. Gua suruh adik sepupu gua bawak selaju yang mungkin. Kesian betul, 2jam penantian dia di MCd.Tak sampai hati rasanya.

Gua sampai Mcd di tempat yang gua janjikan. Gua tanye dia, pakai baju warna ape? oh takut gua silap tegur orang nanti balas gua. Dia cakap : "warna biru, selua pendek amoi, kasut puma". Oh! baiklah. Maaf tanya, takut tak perasan muka tu. Ermm! gua takut gua menyentuh perasaan dia. yelah, gua tak ingat muka dia. Maaf. :(

lepas gua nampak dia yang berbaju biru kotak kotak. Hati gua dah berdebar. "Dup dap dup dap" macam nak gugur paru paru gua masa tu. Adik spupu gua cakap, "ape lagik, gerak la." Gua nebes gile time tu. Melangkah kelua dari kereta, gua gagahkan diri dan menghampiri dia. "Hai, sorry lambat". Gua nampak muka dia masa tu, segan segan nak pandang gua. Oh! dia memang pemalu. Masa dia sruh gua beli makanan, cakap pun mcm terkedu kedu. Terpaku nampaknye. Gua mintak dia meneman gua beli makanan.

Selepas berceloteh dengan dia dan kawan dia, tetiba satu perkara yang tak boleh dilupakan.Refill milo kat Mcd? eh ada pulak? hehehe kesian dia. gua tau dia malu. lain dah masa tu. Tak de niat pun sebenarnya. Saje bergurau. Tapi gua nak mintak maaf sebab gua masih menjadi pendiam untuk seketika. gua tau die perasan.


**subuh tu, gua dikejutkan dgn text dari dia. Arghh! dia call gua sampai 18kali. maaf gua dah tido mase tu. Kesian dia. Gua tak dapat nk tolong dia. Gua tau masalah tu akan datang pada dia.Gua rasa bersalah gila masa tu. Bila gua bace semua text dia, gua menangis. Gua sedih. Kesian dia kena menanggung benda ni semua. Maaf kan gua, Gua kesali benda ni. Gua minta untuk berjumpa dgn dia keesokan hari nya.


02 #Berdua

Hari kedua. Gua janji nak jumpa dia di sebuah shooping mall. Gua sebenarnya resah, dengan keadaan dia semalam. Gua takut dia down dgn ape yg berlaku. Gua minta die datang dan jumpa dgn gua. Gua masih kursus. Habis awal pulak hari tu. Jam 2, gua call dia. Beritahu kursus dah habis. Oh! diea sedang tido kerana mengemas rumah untuk perkahwinan abang beliau. maaf! tak tau pun tengah tidur. Gua mintak dia gerak dari rumah lebih kurang 4.30. Penat, letih badan ni rasenya. Lemah sehingga gua terlena sekejap. Tak pelah, demi dia yang gua cinta gua pergi jumpa dia.

Sampai je, gua nampak dia. Muka dia nampak lain. Letih kusut. Walaupun dia mengaburi pandangan gua dengan senyuman dia. Dari raut wajah dia, gua tau dia masih memikirkan perkara semalam. Gua sulami hati dia dengan senyuman yang boleh gua balas kembali pada dia untuk menghilangkan keresahan sementara. Gua tau gua tak mampu tanggung apa yang dia alami.

Kami berempat melepak minum di oldtown untuk menghilangkan dahaga dan lapa. Gua mintak dia belanja nasi lemak ayam rendang. Ah! macam macam kerenah gua ni pada dia. Manja sangat rasa. Nak tu nak ni. Hurmm. Dia layankan aja apa yang gua minta. Terima kasih :) Dari situ, kami ke tempat lain. Gua dapatlah duduk berdua dengan dia. Sekejap je. Masa tu, gua bercakap pasal semalam. Raut wajah dia nampak lain. Jauh di sudut hati, gua ingin meminta maaf. Gua tak sangka benda ni akan menjadi lebih rumit.

Tapi yang pasti, walau ape pun yang terjadi gua akan berdiri bersama dia. Gua dah ambil risiko yang tinggi. dan gua harus melangkah terus. Gua perlu melangkah bersama dia. Dia bertanya "mana kedai, nak minumlah haus". Kami beralih arah ke kedai utk mlepak sebelum dia pulang. Mlepak sampai jam 10malam. Gua tegur dia, "dah malam sangat, nnti sampai lambat pulak." Adik sepupu gua tetiba ajak ke pontian. Arghhh! rumah dia? Gua terkedu.

Semasa dalam kereta, adik spupu gua ajak ke pontian. Gua text dia, bg tau yang adk spupu gua ajak ke pontian. Dia dengan cepatnya membalas text gua, "oh!boleh lah singgah rumah nanti". Masa tu gua dah mula nebes semacam. Balik gua pk lama samada nak ke sane atau tidak.

**dan gua masih berfikir.


03 #Keresahan
Hari ketiga gua bertemu dengan dia. Pagi pagi, gua terima tex dari dia.Oh! morning text nampaknya. Gua bangun dengan senyuman lebar. Tak lama tu die call gua. bertanyakan ke rumah dia atau tidak. gua beritahu yang gua datang. Gua tau perasaan dia macam mana. Kemain suka lagi. Tapi hati gua masa tu relax lagi. belum sampai rasa keresahan tu. Kami bertiga gerak ke sana, lebih kurang 11pagi. dan sampai lebih kurang jam 1tengahari. Kami singgah ke tmpat lain dulu. Dia call, tanya dekat mana. Oh! risau sangatlah dia ni. Takut tak sampai agaknya. berkali kali dia suruh tunggu tempat yang dia boleh ambik gua ke rumah dia.

hati gua masa tu, dah mula lah terasa semacam. Jantung. perut dah tak duduk di tempat asal. nebes betul rasanya. hah! macam ni lah agaknya rasa, bila nk jumpa family org yang kita sayang. Nak jalan macam tak jejak tanah. itu lah gua. Gua text dia dan dia bawak lepak sebentar ke kedai cendol bawah pokok. Ermm. angin memang sepoi sepoi bahasa. Gua ditinggalkan berdua. 2minit kami diam. Sebenarnya gua nak cakap, yang gua sangat nebes. Tapi gua tak mampu. Takut dia pk apa pula. Gua diam. Dalam rasa excited ada juga disulami keresahan yang mendalam. Gua bawa buah tangan untuk mak dia. takkan gua nak bawa tangan kosong kerumah dia.

Dia cakap, pukul3 baru pegi rumah dia. Kita minum cendol dulu k. "Cendol tak nak kacang dua". Hurmm dengan angin kuat, bagai memahami hati dan perasaan gua masa tu. berdebar menunggu jam 3. Bila dia bawa gua ke rumah, gua melangkah dengan bismillah. Harap semua nya berjalan dengan lancar dan gua berjaya menghadapinya. Gua bersalaman dgn mak dia. Oh! mak dia comel, kecik je. Gua menggigil jugak masa tu. mak dia hidangkan kami makanan.

**Sambal kicap tu dia buat sendiri. hah! pedas. ni mesti nak kenakan gua. hehehe

Gua appreciate sayang. terima kasih. katenya, pertama kali dia buat. sweet sangat! Lepas makan, dan lepas menunaikan kewajipan. Gua ke dapur. tak lama lepas tu, gua berhenti di pintu dapur dan bersembang dengan sahajanya. bagaikan lama dah mengenali ibu dia. Gua tahu dia perhatikan gua dari jauh. Ikut kemana saja gua pergi. Tau sangat. Usha gua dari jauh. Sebenarnya, gua takut jugak mana tau ada tersalah cakap. Nebes hilang bila gua mula bersembang dengan ibu dia. Lepas ke rumah dia, kami singgah di tepi pantai. Masa tu sempat jugak gua duduk dengan dia berdua dan mengambil gambar. Semasa nak pulang, kami bersalaman. Dia cubit pipi gua. "Take care sayang". Hati gua luluh, terharu. ye kami akan berpisah buat sementara waktu. Kami jauh. Memang air mata nak berlinangan tapi gua tahan sampai dalam kereta.

oh! hari ketiga ni, gua rasa into gila. Hati ni tuhan je yang tahu macam mana. ye! gua terima dia seadanya. cukup membahagiakan gua. dia pandai mengambil hati gua. Dengan cara dia, gua selesa bila bersama dia. Harap dia dapat menjaga gua satu hari nanti. itu sahaja harapan gua pada dia. dan gua sehingga hari ni masih merindui dia.Dia membuat gua tersentuh bila dia memberitahu yang dia sayang pada gua :)


p/s: **thanks sayang untuk tiga hari yang bermakna. i ♥ you so much. I'm truly love you. Insyallah apa yang kita hajati akan termakbul. Aminn :)

3 comments:

sihassan said...

thanks sayang :)) tp nk video tu tauu! :)

Anonymous said...

sweet n sgt menyentuh hati...semoga kalian berbahagia hingga ke akhirnya...(^__^)

-XaXao- said...

si hassan : welcome syg! :)

nur eyda : heheh mekasih :)