Monday, March 12, 2012

Langkah Baru


Langkah demi langkah, gua tau kali ni langkah gua adalah muktamad.

** Mereka :)

Semalam,11.3.2012 gua dijemput oleh family acan ke pontian. Masa gua ke rumah dia harituh, ibu acan dah jemput gua sekeluarga pada hari perkahwinan abang acan. Dan Hari yang ditunggu, tiba. Yuh, malam tu gua dan acan tak boleh tido. Sesak nafas dan berdebar nak tunggu hari esok. Acan buat SS malam tu. Banyak yang gua dan dia bualkan.

Pagi tu, gua bangun awal dan bersiap siap nak ke rumah dia. Pagi jugak gua bangun, rasa excited resah semua membelenggu. Ye, 1st time acan jumpa family gua. Sebelum ni gua hanya bercerita tentang meraka tp hari ni akan gua temukan mereka. Taklah merancang sangat pertemuan mereka, cuma dah terlanjur ke rumah dia tak salah untuk menemukan mereka walaupun untuk seketika. "lantas dlm hati gua berkata".


#01 - Perjalanan

Sebelum gerak ke rumah dia, gua sekeluarga bersarapan dahulu untuk mengisi perot yang kelaparan malam tadi. Tapi bukan bagi gua, gua tak boleh jamah makanan langsung. Hati berdebar dengan kencang dan gua rasa kaki tak jejak tanah. Entah apa yang gua pikirkan pun tak tahu. Gua nak menyedapkan hati, gua buat gila dengan adik sedara gua dalam kereta. Pertanyaan demi pertanyaan oleh ayah gua dan mak gua. Ye, gua rasa soalan bertalu talu dari mereka. Takpe gua cakap, dan gua harap jawapan acan sama dengan gua hendaknya.

Sekali mak gua tanya, gua text acan. Ye, gua resah dan gua tau die juga resah. Perasaan dia gua dapat rasa dari malam tadi. Setiap minit gua pesan dengan dia jangan resah, dan harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Setibanya gua di rumah dia, gua call acan beritahu yang gua dengan family dah sampai. Hati ni berdebar debar, macam nak gugur dah gua rasa.

**saje taknak rotate kan gambar ni, ye gua bagi hadiah. :)

Gua nampak kanopi oren kuning di tepi rumah dia, pasukan rela membantu pergerakan perjalanan kereta lalu lalang. Gua mencari acan semasa gua di dalam kereta. Gua nak pastikan dia ada di depan rumah menantikan gua dan family. Gua mulakan langkah dengan bismillah dan senyuman. Ye, gua nebes tapi gua sedapkan hati dengan gelak ketawa, walaupun hati tu tuhan je yg tahu bagaimana. Gua menuju ke rumah dia sambil membawa beg kuning fav dia.


#02 - Pertemuan antara mereka.

*gua panggil dia sambil tersenyum. Gua nampak muka dia yang berdebar debar. Ya die bersalaman dengan parents gua. Nampak gigil, ermphh gua buat macam biasa. Dia hidangkan makanan untuk gua sekeluarga, tapi gua nampak dia mengigil. Gua bisik, "sayang buat cam biasa, jangan gigil2 sangat". Tapi mungkin dia tak dapat menutup nervous yang membelenggu diri dia. Sebenarnya gua pun sama macam dia, tuangkan air mak gua sampai melimpah ruah. argh! gua malu dengan dia, nampak jugak gua nebes. Menggeleng kepala adik sdara gua melihat telatah gua dan acan.

ye, interview bermula dengan acan. Gua di sebelah dia, walaupun dihadapan gua parents gua sendiri tapi rasa resah, cuak semua membelenggu. Semasa, die bersembang dengan parents gua lantas gua pegang kaki dia. Hilangkan resah dia buat seketika. Tak lama kemudian, gua hulurkan tisu pada dia. Menuntut dengan gua hari tu. yelah, gua bagi sebungkus. hehe Tak lama kemudian gua dan parents gua nak berangkat, jauh lagi perjalanan gua. Ye, gua terpaksa melangkah 3negeri. Gua terpaksa balik petang ni jugak, kerana ada hal yang perlu gua selesaikan esok.

#03 - Pulang

Gua gerak dari Melaka pukul 7mlm. Ye, badan gua penat, perut pedih, pinggang sakit, kaki sakit. Tapi gua rasa gua bebaloi dengan semua kesakitan ni. Sebab gua dapat menemukan dia dengan family gua. walaupun hanya 30minit sahaja. Tapi gua rasa, ia sangat bermakna pada acan. Semasa perjalanan di dalam bus, banyak yang gua fikirkan . Fikirkan tentang hubungan gua dengan dia. Gua harap langkah seterusnya dah boleh gua dan dia ambil. Dari melaka ke kl, dia menemankan gua.Tahap kerisauan dia, dah tak boleh gua kata. ye, risaukan gua sebab dah malam.

"Tak ape, i ok sayang just keep contact with me kalau u risau sangat". Gua text dia. Parents gua pun sama, call je gua, tanye gua ada mana. Dia dan parents gua amatlah penting dalam hidup gua sekarang. Gua tak harap apa apa pembalasan dari dia, cuma gua nak dia tahu yang gua lakukan semua ni sebab gua serius dengan dia. Bukan senang gua nak introduce kawan lelaki gua
pada family. Tapi dia, gua rasa gua boleh dengan dia. dan gua tau dia serius.

*sambil text acan, gua slurp slurp ice cream fav gua. Fuhh

p/s: Thanks sebab terima apa jua yang mungkin akan datang pada kita. Penat gua berbaloi, dan dengan adanya dia di sisi, gua bahagia. Sumpah! gua rindu acan

3 comments:

iqawangi said...

jm join ga...:)

http://anakenciksalamat.blogspot.com/2012/03/gugurl-giveaway-by-anis-athia.htmlN

sihassan said...

i LOVE u so much sygg! <3
thanks for everything :))

-XaXao- said...

i LOVE u too syggg! most welcome <# :))