Saturday, March 17, 2012

Perubahan & Perpisahan


Pagi!
**harap gua dapat menempuhnya.

Yuh, perubahan & perpisahan bakal berlaku lagi. Kali ni gua rasa ianya terlalu ketara. Entahla, mungkin lagi "deep". Perpisahan & perubahan tempat kerja. Lama dah perubahan ini diperkatakan oleh orang atasan. Tapi, kali ni jawapan untuk semua soalan soalan yang bermain difikiran semua pekerja dan gua dah terjawab semalam.

Oh! bila Assistance Manager gua panggil semua ke bilik meeting bermula lah segalanya. Mungkin jawapan yang diberikan itu mungkin ada yang menerima dengan keriangan, dan ada sesetengahnya dengan kesedihan & air mata. Ye, gua akur dengan semua keputusan dari pihak atasan gua. Nak tak nak, ia dah menjadi keputusan yang tetap.

& airmata berlinangan..


Tanpa gua sedar, kawan baik gua tak dapat penempatan untuk dia buat sementara ni. Bila gua pandang mata dia dari jauh, ye dia menitiskan air mata. Hati gua luluh bila lihat dia. Gua tau macam mana perasaan dia tatkala tu. Tai ape yang mampu gua buat hanya menenagkan dia. Dia kawan baik gua. Tapi gua tak mampu nak berbuat ape untuk dia, kerana itu keputusan pihak atasan. Ye, dia sangat down masa tu. Nampaknya, gua terpaksa berpisah dengan dia untuk sementara, tapi gua hara ianya sementara. Dan gua boleh jumpa dia bila gua naik Kolumpo nanti.


& gua harap dia tabah..

Gua rasa dulu dengan dia taklah serapat seperti sekarang. Dia berumur 26 tahun, lebih tua dari gua. Tapi perangai dia buat gua boleh masuk dengan dia. Baik, peramah dan layan je kerenah gua. Gua memang manje dengan dia, dan kadang kadang bila ada masalah dia lah yang gua cari. Dalam group gua semuanya kakak kakak, mungkin gua hanya boleh masuk dengan orang yang lebih tua dari gua dan dah berkahwin. Sekarang masing masing akan berpecah dan berpindah.

Entah macam mana gua nak survive sorang sorang. Gua terpikir jugak. Gua tak banyak masa, 2minggu je sebelum tarikh tersebut. Nampaknya, gua kena habiskan sisa sisa weekend gua di kolumpo, dengan baik sekali. Bukan gua tak naik Kolumpo terus, yang pasti mungkin tiap2 minggu. Fuhh~ Tak pe, gua tak sanggup nak berpisah dengan anak buah gua dan family serta dia. Mungkin di sana, gua rasa hanya sekadar "bekerja". Itu yang gua planning dari awal.


**gua dan kak pah - bff

**gua dan mereka.

**kakak kakak gua

**zol yg mungkin gua takkan dpt dgr lagi suara dia melalak

**Macam budak-budak, tapi yg penting dah kawin

**jyeahh

Gua harap, perubahan ni tak lah membuatkan gua "culture shock". Fuhh, yang pasti gua yakin gua boleh buat kerja sepertimana, gua di HQ sebelum ni. Gua nak buktikan dan tunjukkan macam mana gua berkeja di sana dan bawa ke sana. Oh! gua harap semuanya baik dan perubahan ini tidak membuatkan gua rasa janggal. Tapi mungkin gua perlu masa dengan perubahan ni. Tapi selama gua berkerja, gua mudah mesra dengan orang dan tak perlu masa yang lama untuk selesa. Dan gua harap kali ni, sama seperti sebelum ni.

& untuk acan, mungkin kita akan menghadapi sesuatu yang baru. Tapi gua minta untuk berfikiran positif dan gua nak dia dan keluarga support gua. Mungkin ape yang acan harapkan, tidak kesampaian. Takpelah, "kita cuba dulu, tapi rasanya kita semakin dekat taklah jauh macam dulu bila u nk datang jumpa i kan?, hehehe" sambil gelak di dalam hati.

& gua cuba untuk menangkan diri dia..

Gua cuma harap dia dan family gua terus support gua dengan baik sekali. Itu yang gua perlukan. Perubahan memang akan berlaku. Mungkin ini dugaan untuk kita sekali lagi. Harap dapatlah menempuhnya dengan penuh kesabaran. Gua pun, menempuh alam perkerjaan yang baru dan merantau ke negeri orang. Tapi negeri tu gua dah pernah duduk, tapi kali ni mungkin tanpa keluarga, tapi perancangan baru akan gua bincangkan dengan family gua nanti.

Harap bulan April2012, nanti akan membuatkan gua lebih tabah menghadapi nya. Mungkin kali ni tanpa kawan kawan rapat di sisi. Perpisahan yang teramat jauh, tapi gua akan usaha untuk bertemu dengan mereka nanti. Harap semua kawan kawan gua akan tabah menghadapi nya. Dunia kita canggih, banyak yang boleh menghubungkan kita. Ada, Facebook, twitter, whatsapp, skype, dan YM. yuh! itu masih boleh merapatkan kita walaupun jauh. "Sambil tersenyum".

& gua mengharap persahabatan tidak akan putus begitu sahaja..

p/s: & gua harap semuanya akan dipermudahkan :)


2 comments:

Atiqaa Payung said...

Berdoa pd Allah, hope semua di permudahkan. aamn ;)

-XaXao- said...

thanks syg! :)