Monday, March 19, 2012

LapanBelasMarch

**Tahniah selepas sebulan 6hari gua dan dia masih seperti dahulu :)

Yahh, 18.3.2012. Gua rase ianya bukan hanya sekadar nombor. tapi gua rasa ianya kenangan yang amatlah ohsem & menggembirakan gua. Pada gua,benda ni tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata.


#01 - Pagi

Pukul 5.55pg, gua dikejutkan dengan panggilan dari Acan. Dia dah lama sampai di Kolumpo. Macam biasa bertolak tengah malam dari johor, sampai pagi di kl. Ye gua tau banyak menyusahkan dia. "Tapi itu je cara yang dia ada buat masa sekarang ni", kata acan. Gua bergegas bangun dan siapkan diri dengan secepat yg mungkin. Bertudung purple dan berbaju hitam. Itu yang diinginkan oleh acan, purple. Gua bergegas kelua rumah untuk ke tempat yang biasa acan tunggu gua.

& gua tunaikan apa yang dimahukan ..


#02 - Indah


Jejak je gua di tempat yang gua janjikan dengan acan, gua berdebar debar. Melangkah dengan penuh keyakinan untuk dia. Walaupun mungkin gua tak cukup tido, tapi gua hilangkan ngantok penat gua dengan berjumpa dengan acan. Ye acan! Bila gua nampak dia dari jauh berbaju purple, hati gua lega, tenang kerana hari ni lah hari yang gua tunggu tunggu. Melangkah dengan laju menuju dia. Gua dan acan, minum pagi. Oh! menu biasa seperti sebelum ini. Bersama dia.


& gua rasa indah, lega..


#03 - Perjalanan

Perjalan gua dan dia bermula, berjalan menuju ke bukit bintang. mungkin pada orang lain mmg sangat gila sebab berdating seawal 7pg. Tapi pada gua, gua harus menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin kerana gua tak mungkin akan dapat masa begini lagi. Ada, mungkin lambat. gerak ke KLCC, ye sana memang banyak kenangan. tapi gua harus jejak kan kaki ke sana. Berbual dan berimiginasi, itu acan. Sering membuatkan gua tertawa berdekah dekah di dalam train. Gua selesa dengan dia, sangat. Hilang juga rindu gua pada dia, walaupun hanya seminggu gua tak bertemu dengan dia. Dalam masa yang sama, gua pandang raut wajah dan tubuh badan yang berdiri di depan gua. Pandang mata dia sedalam yang mungkin. Banyak yang gua fikirkan.

Sepanjang perjalanan tu, tak pernah gua mengeluh penat dan bosan. Dia pandai memainkan dengan keadaan sekeliling. Mengantuk, penat, hilang dibuang oleh acan bila bersamnya.


& gua tersenyum lebar bila melihat dia di hadapan gua..



#04 - Singgah

Wayang, adalah perkara wajib untuk gua dan dia. kali ni gua dan dia menonton "John Carter" di sebuah gedung membeli belah yang terkenal. Selepas berjalan dan menonton kami pulang semula ke klcc. Tapi ada selisih faham masa tu, tapi dia dapat handle dengan baik sekali. Walaupun dlm masa yang sama gua sedikit terguris. Sampai di KLCC, dia tarik tangan gua untuk duduk di atas batu tu. Ye, keluarkan rokok sebatang mungkin kerana dia marah atau tension dengan gua tadi? Sekali lagi die keluarkan, gua terus mencapai rokok tu.

AN: dah boleh kan?
Acan: herm boleh.

Tunduk dan masih mendiam membisu. Tak lama kemudian, dia mula bercakap mengenai sesuatu dan gua minta dia berjanji pada gua supaya selepas ini dia tidak melakukan benda yang sama lagi. Selang 5minit, dia dan gua berpegang tangan dan bercerita tentang hati masing masing. Ye pedih, perit, manis, suka duka sudah gua lalui dengan dia sebulan lebih ini. Gua dan dia berjanji untuk perkara yang sama. Acan harap gua dapat "tunggu" dia. Gua anggukkan kepala gua, sambil tersenyum dan gua tak mampu berkata apa apa dan hanya mampu tersenyum lebar. Ini yang gua tunggu dan harap dari diri dia. Mungkin untuk menyedapkan hati dan meyakinkan diri gua untuk percaya dan tunggu dia.


Acan : Tunggu i ye sayang?
AN : ye, i janji akan tunggu u.
Acan : Sampai bulan 12 ni je syg, i janji.
AN: ye sayang insyaallah, boleh syg.

*sambil tersenyum dan menitiskan air mata. Ye, tanpa gua sedari ia menitis lagi di depan KLCC.

& gua yakin diri dan hati ini untuk dia. Gua harap, semuanya dipermudakan dan perjalanan kami diredhai. Gua bersyukur dapat diri acan untuk menjaga gua. Gua rasa dia dah berikan gua yang terbaik. Dan mungkin tiada yang lebih baik dari apa yang gua dapat. Mungkin tak dapat diberikan oleh orang lain untuk diri gua yang tak seberapa.


**terima kasih, sebab bersama & pimpin gua utk meneruskan segalanya

P/s: Gua harap, dia akan sentiasa dengan gua. Sentiasa sokong gua, & setiap nafas gua perlukan dia, & setiap langkah gua perlu dengan dia. Dia & family gua cukup penting. & gua Rindukan ACAN.

4 comments:

Anonymous said...

hargai ikatan indah neh sebaik mungkin ya...ana bertuah..sebb bukan semua org dpt merasai ape yg ana rase...i'm praying for ur happiness..

-XaXao- said...

thanks eyda, aminn :)

fatimatulshahro said...

bertuah nye kak ana kan.. tahniah. smoga kekal hingga akhir hyat kak ana.. buln 12 tu knp ye? ehee

-XaXao- said...

thanks syg! bulan 12? keh keh. xde ape lah. rahsiee :))