Friday, May 11, 2012

R U T I N

Hai Pagi!


Seawal 7pagi gua dikejutkan oleh jam loceng dari telefon pintar gua. Gua meraba fon pintar dan terus ke favorite number. Macam rutin pagi dan kebiasaannya gua akan menghubungi pakwe gua kejutkan dia utk ke opis. Gua harus dengar suara dia setelah gua celik mata. Kerana setiap saat, masa, minit gua pasti merindui dia. Ye, gua dan dia jauh. Tapi hati gua pada dia tak pernah jauh, sebab gua tau dalam hati gua hanya ada dia.



Pukul 7.30pagi si demuk yang sedang bergayut tu, mengetuk pintu bilik gua. "Ucu, ucu jeritnya sambil mengetuk pintu". haha Dia nak sambung tido sebelah gua. hai si demuk, lu ni chubby sungguh nak je gua tumbok tumbok perut dia. Yang gua tahu sejak seminggu nih gua takda pun sumbat makanan yang banyak. Gua masak biase biasa je. ikut perut dia jelah. 


Gua bawak dia ke taman permainan, sarapan dan jogging skit. Alahai jogging ke? Berjalan tu kira jogging lah. Gua kena bagitahu diri gua untuk kurus, kurus, dan kurus. Dah naik dah ni berat badan gua rasa. Jangan gua lebih comel dari pakwa gua sudah la. Kah kah  Mak gua dah cakap pakwe gua cam budak budak. Dahtu, gua ni amacam? Cakap jangan sembarangan mak, haaa..


Tengahari, gua mula masak memasak. Alahai, dah duduk sorang sorang masak lah pe lagi. Reti jugak gua masak. Alaa takat simple simple lepas lah. Tapi tulah, yang menjadi tukang rasa masakan ialah anak anak buah gua sendiri. Diorang memang pandai mengomen. Nak yang sedap jee, tak sedap tak nak. Budak budak sekarang bukan macam gua dulu. Sekarang semua pandai memilih. Makan nak yang tempat air-cond je, mamak mamak tak nak. Ekellehh gedik!


Sejak gua buat semua rutin harian di rumah, gua dah rasa macam suri rumah sepenuh masa. Tapi takpelah, gua kena cuba cuba dan pandai untuk benda benda ni semua. Takdalah tak reti buat kerja rumah, mak gua sound. Yelah mak, gua sedang berusaha lah ni. 


Gua harap lepas ni, gua takdelah buat rutin harian yang sama. Gua nak keja balik. Bosan gile dah pun duk bandar konkrit nih. Gua harap gua dapat balik ke rumah asal gua. Gua harap jumaat ni akan jadi lebih POWER dan lebih berkat. Aminn



No comments: