Monday, May 14, 2012

T i G A


14 haribulan. Ianya sangat sinonim bagi gua dan pakwe. 


Bukan valentines day dan sebagainya. Ianya adalah tarikh yang mempunyai pelbagai peristiwa manis. Mungkin ada yang akan menyatakan ianya menjengkelkan, Oh! bagi gua, lantak lu lah. Kalau ianya terasa menjengkelkan janganlah follow dan baca blog gua serta semua laman laman sosial gua.


Ianya adalah catitan peribadi yang hanya untuk dikongsikan bersama. Sweet atau tidak, hanya gua dan dia saja yang tahu. Mungkin pada manusia lain, ianya hanyalah sekadar menunjuk dan sebagainya. Tapi pada gua ianya hanya sekadar suka suka, gua hanya bercerita & menulis.




*************************************************************************


Kepada pakwe,


Thanks for everything. Dari awal perkenalan hingga saat ini. Banyak yang gua & lu telah lalui. Mungkin ianya hanya sekadar '3'. Nombor yang pada sinonimnya, masih kecil dan tak besar mana. Tapi semasa umur '2', kita dah berkenalan dengan lebih dalam & rapat. Bukan kita sahaja, malah keluarga. Gua harap, apa yang kita hajatkan dan apa yang bakal kita hadapi selepas ini akan lebih mematangkan kita. 


Tabahkanlah hati, kuatkan semangat. Ye, kita bukan seperti pasangan lain yang jaraknya dekat. Walaupun jauh, tapi lu sentiasa di dalam hati gua. Kemana saja gua melangkah, disitu juga lu berada. Di mana bayangan gua pergi, disisi gua juga lu berada. Setiap langkah, setiap masa gua inginkan lu bersama. 


Terima kasih, di atas teguran, nasihat dan pendapat yang lu berikan. Gua sentiasa perlukan semangat dari lu serta keluarga. Gua cuba sedaya upaya untuk 'kita'. Gua harap, segala impian dan rasa yang ada di dalam hati gua akan tercapai.


& satu masa nanti, kita akan melangkah bersama. :))


Cinta, airmata, hati & perasaan hanya untuk lu 'MOHD HASSAN ZAKI'.

2 comments:

sihassan said...

thanks alot syggg! :)) i lebiyuu soo muchhh! hee <3

-XaXao- said...

Most welcomee sygg! lebiyuhhh moreee!