Friday, May 18, 2012

Semenjak itu

Semenjak itu,

Gua merindui saat gua menyarung baju kurung, tudung lilit lilit dan punch kad. Ya, punch kad. Gua tau gua adalah manusia yang suka datang awal di tempat kerja. Dimana mana pun gua begitu. Jangan pelik, sebab itu cara gua bile bekerja.

Gua pergi dari situ, bukan atas desakan sesiapa. Permintaan dari gua sendiri. Gua ingin memilih jalan lain untuk diri gua. Jangan jadikan orang lain sebagai alasan untuk mengumpat. Maaf, itu gua tak suka sama sekali.

Semenjak gua bekerja sambilan,

Banyak yang gua dah pelajari. Mungkin ini masanya untuk gua reti segalanya bab perempuan & tanggunggjawab. Setinggi mana kita belajar, dapur juga tempat lu. Ya dapur. Dapur banyak memberikan gua inspirasi. Tukang rasa, anak buah gua yang setia. Sedap atau tak dia yang akan merungkai segalanya. Thanks budak demuk!

Gua rasa, disitu tanggungjawab gua. Ianya mungkin ringan, tapi pada gua ianya berat. Kadang kadang gua rasa diri terseksa. Tapi gua anggap ianya cabaran untuk diri gua. Gua tau gua perlu hadapi, mungkin ini masa susah dia. Masa gua susah nanti sapa tau. Mungkin dia pula yang akan tolong gua. Berharap.
** pakwe kening lebat ni org kata kalau ditemukan dengan makwe lesung pipit akan menerbitkan kisah cinta klasik. - kata pakwe.

Pada masa ni, gua perlukan sokongan yang padu seperti sokongan PTPTN kepada budak yang ingin belajar. Ya, seperti itu. ua perlukan sokongan dari manusia disekeliling gua. Gua perlukan perasaan itu untuk gua terus maju. Pakwe si pendengar setia, terima kasih. Rasa, idea, jiwa semuanya bergolak disini. Nasib pada masa ini teknologi canggih. Skype peneman setia gua dan lu ketika ini. Untuk buat gua dan lu lebih dekat. Ye, kekadang hati memberontak disebabkan rasa rindu yang menyapa diri. Tapi, gua tahankan.

Gua perlu meneruskannya, gua terima banyak panggilan dari company di bandar konkrit dan bandar metropolitan. Semuanya datang untuk menguji ketahapan minda gua. Ya, minda gua. Gua perlu mencari rezeki secepat yang mungkin. Masa tak banyak. gua perlu pantas untuk semuanya.

Semenjak itu,

Gua rasa jarak tak penting, walaupun jauh gua masih boleh berhubung. Ye kadang kadang kita perlu berkorban untuk sesuatu yang penting. Mungkin selepas ini akan dekat dan terus dekat. Sabar itu separuh daripadanya. Harap, gua dapat meniti hari dengan lebih baik dengan semua yang gua sayangi disisi.

Thanks sebab sentiasa disisi ye pakwe, abah & mak. I ♥ uollss :)

No comments: