Friday, June 15, 2012

Jumaat.

Jumaat yang indah,

Pagi ni gua update sekali dua terus entry. Terasa macam nk menaip banyak. Malas nak bercakap, taip jelah.

Oh!

Gua rasa jumaat adalah hari yang paling indah utk manusia. Sebab hari yang terakhir utk bekerja. Hari yang balik awal untuk semua pekerja kerajaan mahupun swasta.

Jumaat,

Gua harap ape yang gua impikan & niatkan akan tercapai. Gua mahukan yang tebaik utk diri gua & semua.takda manusia inginkan keburukan, semuanya mahukan kebaikan. Terlalu bersungguh untuk sesuatu, harap gua mendapat pulangan yang terbaik utk menggantikan kepenatan.

Lelah,
& terus lelah menunggu. Harap lelah itu tak berterusan. Jangan sampai membuatkan ia koma. Tidak mahu pejam, kerana ingin terus membuka mata utk kebaikan diri. Harap akan mendapat keputusan yang baik dari manusia lain.

Berusaha,
Habis berusaha utk sesuatu yang tetap. Harap usaha itu berbaloi. Kaki, badan, mata, wang ringgit biarkan ia habis, sakit, janji mendapat pulangan yang hebat. Tak kesah itu semua jika ianya berbaloi.

Jangan,

Menulis tentang manusia lain, tak kemana dengan mencaci, mengutuk, membenci kerana semua itu tak kemana. Perasaan hasat dengki sentiasa menyelubungi manusia. Ye itu lumrah & fitrah kehidupan manusia. Pernah terfikir untuk mencuci tangan, hati & perasaan? Tidak semudah itu rasanya utk sesetengah manusia.

Jangan biarkan semua itu ada di dalam hati. Entah, tiba tiba tanpa mencuit sedikit pun ditubuh badan manusia sejagat tetapi kritikan dari manusia bodoh tak pernah berhenti. Kadang kadang terpikir, pernahkah gua mempersoalkan sesuatu? Eh, biarlah ape yang nak dipersoalkan janji manusia itu tidak lagi dipandang.

Pada mata kasar ianya cukup sempurna, tapi bila memandang secara halus & dalam ianya tak sempurna ape yang dilihat di luar. Hati manusia yang selalu membuak buak bila marah. Tapi marah itu, adalah perangai syaitan. Memang suke manusia seperti itu. Hasutan dan hasutan, manusia menjadi lupa diri & pegangan.

Harap,

Manusia akan berubah. Supaya tidak termakan dengan hasutan syaitan itu. Bukan mengata diri itu baik, masih lagi tidak sempurna. Tapi jika mengingatkan antara satu sama lain tak salah rasanya. Jika salah harap diperbetulkan.

Salam jumaat.

No comments: