Wednesday, July 11, 2012

Adakah ini rencah?

*its Fact!

Kali ini entry gua tidak senyap & diam. Kali ini entry gua adalah RENCAH.


Rencah yang gua maksudkan bukanlah rencah untuk masakan, minuman dan sebagainya. Rencah yang gua maksudkan adalah kehidupan. Adakah apa yang berlaku disekeliling kita ini adalah rencah kehidupan ataupun ianya dugaan untuk yang bernama manusia?

Kadang kadang, gua tertanya dan terpikir. Kenapa benda yang kita tak expect selalu terjadi? Banyak sebenarnya yang berlaku disekeliling. Hampir hampir jatuh & tersungkur. Ya, HAMPIR. tetapi dengan adanya dia & semua yg gua sayang disamping gua, gua tak sempat tersungkur. Ada yang memaut tangan gua dari terjatuh. Terima kasih.

*YES im in LOVE With you acan, no matter what.


Dugaan,

Itu adalah lumrah. Jika tiada dugaan dalam kehidupan gua rasa tak guna kita menjadi manusia asasi. Mungkin kita tak faham erti kehidupan. Kita akan faham cara kehidupan yang sangat selesa tanpa susah.

"Biar susah sekarang jangan di masa hadapan. Biar faham erti kehidupan dan jangan biarkan jiwa kosong tanpa tahu erti itu."

Biarkan RENCAH ini menjadi sebati dengan diri , biarkan ianya lumat dan menjadi sesuatu yang lebih cantik kehidupannya. Jangan biarkan diri terpesong dan sesat. Biarkan ianya menjadi pengajaran kepada diri. Biarkan rencah itu & biarkan.

"Expect the Unexpected, Therefore you're always prepared"

Bukan gua bermaksud yang gua dah lemas dan letih. Gua sedang cuba memperbaiki & fahaminya. Biarkan diri tahu ape itu erti "SUSAH untuk menjadi SENANG" kata bapa gua menasihati diri. Bukan senang untuk menjadi senang, dan bukan susah untuk menjadi SUSAH.

Dalam kehidupan hari ni, gua tak cukup lagi merasa selesa. Bukan sebab kehidupan gua bersama keluarga dan dia. Gua bersyukur dengan adanya mereka disisi. Cuma mungkin, gua masih tak selesa dengan diri gua. Belum cukup selesa untuk menghadapi masa akan datang. Masa akan datang yang gua rasa makin mencabar dan terus dicabar. Sampai bila gua ingin bergantung kepada manusia disekeliling gua? Sampai bila?

"Pagi tu, gua rasa luluh bila mendengar cerita dia & apa yang terjadi kepada dia. Mungkin ini dugaan gua & dia sebelum menghadapi masa yang akan datang. Benda yang baik ingin datang, tetapi diberinya kesusahan & dugaan dahulu. Insyaallah, gua & dia akan hadapinya dengan tabah. Gua tak semudah itu untuk jatuh, gua tak boleh jatuh selagi semua masih disisi. Gua perlu & harus untuk teruskan dan redah dengan apa yang bakal berlaku dan sedang berlaku. Gua tak boleh berpaling dah, *mengingatkan pada diri. Jika gua jatuh, siapa yang nak memberi sokongan kepada dia? *berfikir sejenak. "


Gua tahu, ada jalan untuk gua & dia untuk terus mencapai apa yang dihajati untuk tahun ini. Semasa hari kelahiran gua nanti, masa gua dipenuhi dengan sesuatu yang gua hajati. harap salah satunya menjadi. Tak kesahla apa sahaja gua kaut je. Gua dah takda masa, masa mencemburui gua. Sangat!

Gua perlukan sesuatu yang kekal untuk diri gua. Seperti yang gua telah beritahu sebelum ini, ada sesuatu yang perlu gua kecapi tahun ini. Itu planning gua. Gua harap terbuka jalannya untuk gua & dia. Insyaallah. & gua harap, selepas hari kejadian gua nanti harap semuanya stabil. Harap RENCAH itu menjadi sebati dan keputusan yang gua dapat nanti memuaskan hati gua.


"What ever path we go through, we may come across lessons to be learnt. May we all have the consciousness, strength and thirst to learn them."

P/s: Terima kasih untuk kekasih hati, gua akan sentiasa dengan lu walauape jua yang berlaku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ingat wahai manusia asasi, benda ni gua tujukan untuk lu jugak.

Trimas

3 comments:

nadira shahid said...

Sabar. Kuat. Rencah itu salah satu cara Allah sayangkan hambanya. Sentiasa mengadu pada Nnya ;)

-XaXao- said...

thanks awak. sure i will. insyaallah :)

IeRa said...

Urmm...