Monday, July 9, 2012

Rancak

**Notes

Pagi & Assalamualaikum,

Kali ni gua update blog di pagi hari. Entah kenapa, gua hanya rancak menaip kali ini. Seperti biasa, rutin mengejut pakwe untuk kerja. Comel kan? keh keh Adakah sebab gua dah fedup dengan laman sosial? Laman yang mempunyai beribu ribu manusia setiap hari yang login ke sana. & beribu manusia Sign up. Budak budak baru meningkat dewasa juga turut serta. Oh mungkin!

Setiap hari ada je gambar gambar dan status yang jiwa, pelik, mengada, kata kata hikmah, dan sebagainya. Tapi yang paling penting banyak luahan rasa yang tidak puas hati kpd manusia lain. Banyak aksi dan telatah yang gua dah lihat. Selalu sangat gua lihat perkara seperti itu. Jeles? Tak mungkin. Cuma setiap manusia juga ingin kelihatan seperti manusia lain. Jika seorang itu inginkan barang berjenama, seorang manusia lagi juga inginkan seperti itu juga, Lumrah.

Gua,

Masih di sini. Jarang & mungkin hanya sekali login ke laman laman sosial yang dulunya gua sangat aktif. Mungkin disebabkan jemu dan tak lalu untuk login. Tetapi gua hanya luahkan kata kata dan madah hanya di laman blog yang tak seberapa ini.

Gua hanya rancak untuk menaip disini. Laman ini yang dah bertahun tahun gua bina. 2kali gua menukar link, gua rasa jemu juga dengan nama yg sedia ada.tapi kalau gua tukar hilanglah penulisan gua yg sebelumnya. Ah! abaikan, bia nama blog gua tak sesedap nama macaroni cheese atau double cheesbeger. Janji gua masih menulis dengan rancak.


Muka ini,

**pernah tahu apa yang difikirkan masa ini, mungkin telah dilindungi oleh senyuman itu,

Mungkin ianya sedang tersenyum di kaca mata manusia asasi, tapi dalam hati manusia ini pernah tahu kesusahan atau masalah, kegembiraan, kerungsingan yang dia hadapi? Mungkin terlalu berlindung dengan senyuman, tiada siapa yang nampak & tahu.

Rungsing,

Itu yang selalu dihadapi. Bukan rungsing dengan manusia lain, buah hati, keluarga dan sahabat handai tetapi dengan diri sendiri. Bila semuanya akan lebih POWER?
Gua dah takda masa untuk berlenggang kangkung, menghabiskan duit seperti dahulu, enjoy dengan dunia yang mewah. Tidak! Gua hanya ada kurang lagi 6 bulan. Masa begitu mencemburui diri gua. Tiada belas kasihan.

Ye!

Cepat dan cepat & harus cepat. Gua harap rezeki melimpah ruah dengan kesungguhan yang telah gua berikan. Tiada masa untuk berfoya foya seperti dahulu. Matang dan terus matang, fikirkan masa hadapan, keluarga & dia.

**Its true, right?

Terlalu banyak benda yang perlu gua simpan, belajar, fikir untuk dia dan dri gua. Banyak yang perlu gua lakukan. Takkan gua hanya nak bersama sahaja dan tidak mempunyai perasaan untuk memiliki?

MEMILIKI, itu adalah tujuan utama diri ini. Harap dipermudahkan segala yang gua inginkan. Banyak yang perlu disiapkan. Gua tak mahu ditakuk lama. Gua perlu berusaha. Berusaha untuk apa yang gua inginkan dan miliki. Itu janji gua kepada dia. Sama sama ingin memiliki & mempunyai keinginan yang sama.

Oh! Gua bukan seperti blogger yang lain. Menulis tentang fesyen, make up, kerjaya sebagai model, pereka fesyen dan sebagainya. Gua hanya menulis tentang kehidupan gua yang tak seberapa. Mungkin tak ramai yang akan membaca & tiada follower yang beribu ribu kerana gua tidak femes. Tapi gua menulis untuk kepuasan diri. Menulis untuk diluahkan dari jari jemari yang rancak menaip. Seperti mak jemah yang rajin menguli tepung untuk membuat karipap. Seperti itulah rancaknye gua. Keh keh

P/s : penulisan gua kadang kadang tak disenangi manusia lain. Tetapi pada gua itu masalah manusia lain, gua menulis untuk kepuasan dan bukan untuk manusia asasi, bukan untuk mak jemah. Mungkin rutin mak jemah sahaja gua lampirkan, tapi tak semua. Mungkin sebagai contoh sahaja. Tak salahkan?

No comments: