Thursday, August 9, 2012

Mengapa & haruskah?

Selamat pagi!

**First Day je cenggini, lepas tu haram takde dah. Malas.

Lama dah rasanya tak menaip di atas lappy yang comel ini. Rasa bagaikan sangat jengkel untuk menulis semula. Bukan jengkel yang sangat menjengkelkan maksud gua, cuma tiada masa untuk meluangkan masa di laman ini. Sedangkan laman sesawang juga gua dah takda mood nak Log in.
Entah kenapa rasa semakin lama semakin malas untuk Log in laman sesawang. Ada je masa sedikit, cuma tak rasa ianya perlu diluangkan untuk perkara itu. Sebaiknya gua luangkan masa untuk pakwe yang jauh di mata, tetapi rapat dihati. Arghh! kemain.


#01 - Profession

*Masa gua nak pegi dapatkan ni semua, gua kena redah panas lu tahu? dahla puasa, kering anak tekak gua.

Mungkin disebabkan juga, gua ada profession baru. Banyak yang perlu dipelajari dan perlu diingati. Bermula dari bawah semula bukan lah sesuatu yang senang bagi gua. Tak mudah untuk bermula dari bawah semula seperti manusia yang baru masuk ke alam pekerjaan. tak mudah weyh, tak mudah. Lagi lagi pula dengan environment baru, profession baru, lokasi baru, seat baru dan sebagainya.

Rasa gundah gulana, selalu tersemat di sudut kecil hati gua. Entah kenapa, mungkin suasana mungkin. Mungkin pekerjaan tersebut, haa mungkin juga. Takpe, gua perlu memberi masa untuk diri, hati dan fikiran untuk semua ini. Cuba yang terbaik untuk masa terdekat ini. Harapan gua, dapat mempelajari sistem dan cara bekerja di sana. Ye! cara.

Suasana yang bizi, cepat untuk segalanya, pantas berkata kata tetapi bukan di dalam Bahasa malaysia tetapi bahasa Inggeris. Bukan berkhidmat untuk negara sendiri tetapi negara luar. Alahai, patah seribu hati bila mengenangkan orang luar. Cuti dan segalanya perlu mengikut negara di sana. Rasa sebak dihati, masih ada. Tetapi apakan daya gua ini, untuk membantah. Apa yang dilihat dalam diri gua sampai Manager gua memilih gua untuk masuk ke team beliau.

Sungguh POWER kah gua, hingga perlu menarik gua ke jurang itu? Fuhh

Bukan bangga, cuma gua tak rasa sedap hati bila semua ini berlaku. Gua kentalkan hati untuk semua ini. Redah untuk 3bulan pertama. Sampai di "Floor" nanti barulah akan rasa impak itu. Kental bukan kenyal untuk semua ini. Harap, mampu dan boleh untuk sementara waktu, Mungkin.

PANTRY:-



Air disini, gua tak nafikan murah. Rm0.20 & Rm0.70. Ade kat luar?

Hari ini, Khamis gua cuti sempena National Day negara tersebut. Tetapi National Day negara sendiri gua tak cuti. Apekah? Walaupun gua bekerja di negara sendiri bukan kah seharusnya mengikut timing negara sendiri? Bukan obersea sangat pun. Alahai, mengapa? Pening dan pelik bila melihat sesetengah perkara berlaku sebegini. Adakah boikot untuk negara sendiri atau terlalu menigkut peraturan negara lain? Rasa tak puas hati, berceramuk di dalam fikiran. Cuti Raya kali ni paling hampa bagi gua. Arghhh! banyak yang gua tak puas hati sebenarnya. Tapi gua perlu kental, kental dan kental. Mungkin rasa bagaikan kuli yang perlu patuh yang teramat kepada majikan. Seperti rasa ditindas pun ada. Entah, itu yang gua rasa. Gua terpikir, kalau semua syarikat cenggini boleh mati tahu, mati? Gua hanya dapat spend time dengan keluarga raya ini hancur lebur. Bagaikan sesuatu benda keras diletakkan di atas bara api dan ianya cair sedikit demi sedikit.

Gua memang dah jangka semua ini. So, gua tak lah terlalu EXCITED untuk beraya. Hanya sekadar meraikan kejayaan selepas berpuasa selama sebulan. Tak lama dah rasa nya, tinggal lebih kurang 10hari dari sekarang untuk menyambut ketibaan syawal.

Disebabkan aspek sebegini, gua terpaksa redha akan segalanya. Fuhhh Nak taknak, terima jugalah. Nasib ada daripada takda langsung cuti, kan? Harap, selepas ini menyangkut lah sesuatu profession yang diimpikan oleh semua manusia. Mungkin setengah, suku dan separuh mungkin, mungkin. Pada gua, itulah impian yang gua mahukan dalam diri. Gua perlukan sesuatu yang tetap sekarang dan menjamin masa depan gua keluarga dan bakal keluarga. Bukan apa, ianya adalah kesenangan gua juga. Harap apa yang abang gua uar uarkan hari tu dalam skype, menjadi.


#02 - Raya


Terpikir, Ada ke orang yang nak mengunjung ke rumah gua untuk raya kali ini. Yelah sejak gua duduk di Batu Pahat takde pun sesiapa yang ingin menjenguk gua datang beraya. Sedih je bunyik dia kan? Memang pun. Mana taknye, semua manusia manusia tersebut di kolumpo dan melaka. Maklumlah, gua bersekolah merantau rantau. Sejak gua berpindah di Johor semua tak tau rumah gua. Diorang kata, gua kawen semua nak datang. Kemon lah! boikot ke hape?

Gua membantah terus, kalau gua kawen 2-3 tahun lagi masa tu lah baru nak jenguk rumah gua? kah kah Tapi takpe, mungkin disebabkan jauh dan tak tahu lokasi statik rumah gua kan? lagi pun gua bukan ada pun di Johor. Ada pun, untuk masa yang sangat singkat. Sedang budak kecil memilih rumah untuk beraya, gua dah berada di dalam bus untuk pulang untuk menjadi kuli.

p/s: Takpelah, yang penting pakwe kalau ade masa terluang datanglah jenguk gua kat Johor. Tak jauh mana pun kan kan? hek hek Mak gua dah macam rindu lu je tu. hahahaaha. Masak masakkkk!

No comments: