Monday, December 24, 2012

6hari

6hari bermula hari ini 24.12.2012.

Tinggal beberapa hari sahaja untuk menuju atau masuk ke tahun baru 2013. Gua dah kira dah menggunakan jari jemari yang runcing serta jari kaki yang mulus. Keh keh

Nebes dan nebes.

Gua rasa sangat. Mungkin sebab tahun depan umur gua akan tambah seangka lagi. Alahai. Kalau difikirkan oleh faktor umur mestilah dah makin membesar dan dewasa. Fuhh

Sememangnya itu adalah lumrah. Ya lumrah.

Perjalanan hidup gua tidak lah power atau best macam hidup atau cerita manusia asasi. Gua adalah manusia yang cukup sederhana. Kadang kadang hanya memandang ke bawah, bukan kerana terlalu merendah diri. Cuma, kadang kadang pada satu tahap itu gua perlu.

Ya perlu.

PERLU, itu adalah ayat yang harus gua highlight kan dekat sini. Gua perlu ibu bapa gua, gua perlu pakwe dan kawan kawan. Mereka adalah penting dan tersangat penting dalam hidup gua. Jatuh bangun gua dalam kehidupan ini, gua tahu mereka akan sentiasa disisi.

Dalam masa 6hari ni, apa yang lu punya wishlist tak dimakbulkan atau tak tercapai lagi? Kalau nak tanya gua, macam semua je yang tak tercapai.

Tapi, tapi.

Ada dua perkara yang gua rasa yang tak pernah gua impikan atau terjadi dalam hidup gua. Heee tetapi gua bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh-Nya.

Pertama,
Pakwe. Ye pakwe. Atau lebih mulus lagi ayat teman istimewa. Gua tak menyangka yang gua akan diberikan seseorang yang istimewa dan gua tak tahu akan ada lagi yang sudi berkongsi hidup dengan diri ini. Alhamdulillah, terima kasih atas pemberian ini. Gua yakin, dia yang akan membimbing, akan menjadi imam dan akan menjaga gua. Insyaallah. :)

Kedua,
Pekerjaan. Pekerjaan yang tak pernah gua sangka akan gua menerima sebegini rupa. Bukan lah director atau pangkat yang paling tinggi gua dapat. Jawatan pada gua tak penting, janji kerja tersebut setimpal dengan apa yang gua dapat. Gua tak mengharap banyak, cuma bersyukur mungkin ini rezeki gua. Rezeki ini harap berterusan untuk diri gua pada masa sekarang dan masa hadapan.

Berharap,

Pada tahun hadapan, 2013 akan lebih baik dari pada tahun ini. Banyak suka duka, pahit dan manis tahun 2012 ini. Insyaallah akan ada sesuatu perkara yang akan merubah segalanya. Harap permudahkan segalanya. Telah gua sematkan di dalam diri, gua akan tunaikan wishlist ini untuk tahun hadapan. Heeee

Wishlist ni sebenarnya tiada dalam catatan gua selama ni, sebab gua tak pernah rasa hingga ke tahap ni. Hahahah tetapi, semuanya boleh terjadikan?

P/s : i wish that all my dreams will be come true. Hopefully and hopefully. Counting for the big day. Insyaallahh :'))

1 comment:

Rara said...

yeayy!!
jgn lupe jemput :)