Friday, December 14, 2012

Empat belas disember

Setiap empat belas haribulan adalah hari istimewa buat gua dan pakwe. Memang rasa rindu dan berasa ingin berjumpa memang tiap kali bercerita. Tapi dengan keadaan dan jarak gua dan pakwe jauh, gua sabarkan saja.

Tapi,

Walaupun jauh, gua tetap akan bebual lama pada malam tersebut. Bercerita sesuatu yang pasti. Insyaallah. Harap rezeki tahun hadapan, akan lebih membuka ruang kami.

Gua pula, dapat sesuatu yang pasti dan tetap. Bersyukur kerana masih diberi peluang dan rezeki. Walaupun tak melimpah seperti rakan rakan lain, tapi gua bersyukur untuk ini.

Peluang dan rezeki manusia, terletak di tangan tuhan. Mungkin kita akan susah yang teramat, tapi bila sampai masa dan masa itu tertulis bila kita akan menerima sesuatu yang tak disangka. Itu bermaksud tuhan masih lagi memberi peluang dan rezeki semasa kita menempuh ujian yang diberi oleh-Nya.

Sabar atau tidak, itu yang hendak diuji.

Gua harap, ape yang dirancangkan tahun 2013 akan termakbul dan dapat gua realisasikannya. Kira wishlist gua paling power tahun depan ni. Gua perlu bersiapkan diri untuk menjadi seseorang. Menyiapkan diri, mengukuhkan diri untuk sesuatu yang besar.

Harap rezeki, cita cita dan harapan untuk 2013 akan tercapai. Gua rasa wishlist gua tahun hadapan sangatlah berat. Tapi itu yang akan gua tempuh.

Moga, segala kesusahan dan apa yang tidak tercapai lagi hajat tahun ni gua nak bawak ke tahun 2013. Tapi kali ni gua dapatlah merealisasikannya. Keh keh

Tahun makin banyak, umur makin meningkat. Gua tak nak, diri gua tidak menjadi seseorang. Bukan ingin bermegah atau berbangga, cuma gua nak jadikan diri gua ini dipandang oleh manusia sekeliling. Orang lain boleh buat, kenapa diri ini tidak?

Bukan nak menjatuhkan mana yang lemah, tapi sebaliknya gua ingin bantu berdiri semula. Gua harap, dengan pekerjaan ini, gua dapat capai apa yang gua harapkan. Insyaallah.

Semoga, gua akan lebih disayangi oleh keluarga gua, orang yang gua sayang, dan manusia disekeliling. Tiada rasa dengki, curiga dan mencaci. Tiada lagi perasaan itu timbul, tiada lagi.

P/s: untuk pakwe, selamat ulang tahun, moga 2013 akan ada sesuatu untuk kita. Amin :)


No comments: