Sunday, December 16, 2012

Pusingan

Kadang kadang, kita dia atas dan kadang kadang kita di bawah.

Kadang kadang kita bahagia,
Kadang kadang kita suka,
Kadang kadang kita ketawa.

Semuanya bukan selalu.

Kalau boleh, taknak ada perkataan kadang kadang. Aku hanya mahukan semua rasa itu setiap hari. Mahukan sesuatu yang boleh membahagiakan.
Taknak ada selisih paham, taknak bermasam muka, diam dan tak bertegur.

Aku tidak mahukan rasa itu,

Kerana aku tidak suka akan perasaan yang tidak sepatutnya ada. Jarak, memang kadang kadang menyusahkan. tiada siapa yang suka akan jarak itu. Tapi, aku pasti ianya tidak akan begitu. Kerana aku pasti, insyaallah akan ada hikmahnya.

Aku tidak mahu jauh,
Aku tidak mahu berseorangan,
Aku tidak mahu kesepian tanpa teman,

Aku mahukan dia di sisi, berusaha untuk sesuatu yang telah dijanji. Akan aku tunaikan janji itu, insyaallah.

Kuatkan semangatku,
Kuatkan jodohku,
Kuatkan rasa ku,
Kuatkan hatiku untuk teruskan melangkah.

Dan,

Bila hujan membasahi bumi, aku melihat semuanya dilimpahi hujan. Jauh aku merenung, apa yang difikirkan terlalu jauh untuk hidup ini.

Apa yang akan aku lakukan selepas ini, esok, lusa dan seterusnya. Adakah aku masih di sini atau dimana? Jauh di sudut hati kecilku ini, aku menitiskan air mata tanpa disedari.

Lemah, lesu dan rebah.

Dugaan datang menimpa lagi, salah kah apa keputusan yang aku ambil ini? Aku disini, untuk kebaikan diri dan masa depan kita bersama. Ini untuk sementara, sementara. Bukan untuk selamanya aku di sini.

Hati ini, meronta untuk kembali. Kembali ke tempat asal dimana ada keluarga dan orang yang disayangi. Tapi, berikan sedikit masa untuk aku disini.

Harap mengerti. Menanti untuk masa yang tidak lama. Takkan aku biarkan dia menanti. Akan aku usaha untuk disampingnya. Ya berada disisinya.

Aku tahu dia kesepian,
Aku tahu dia keseorangan,
Aku tahu dia memikirkan kerjaya,
Aku tahu itu.

Insyaallah sayang, akan ada jalan dan hikmah disebaliknya. Aku terus berdoa untuk kita, moga diberikan jalan dan petunjuk. Insyaallah, insyaallah. Kuatkan semangat, jangan lemah, rebah kerana aku disini sentiasa disisi.

Aku hulurkan tangan dan memegang erat tanganmu.
Akan kupegang janjiku padamu.
Akan ku tunaikan segalanya.
Walauapa pun yang terjadi, aku akan bersama dengan dirimu. Amin :')

No comments: