Thursday, January 17, 2013

Genap sebulan

Hari ni genap sebulan gua di tempat baru.

Sama je rasa, belum ada rasa happy gegila lagi lah. Mungkin sebab masih "baru", ataupun masih lagi rasa "sedang" menyesuaikan diri.

Gua bajet hari ni dah jumaat, tapi hampa.
Hari ni baru khamis 17hb. Homai.
Gua sejak dua menjak ni, nak cepat je masa. Mungkin sebab gua kena keje sampai malam, tu mungkin salah satu faktornya.

Sampai bila nak keje ada shift cenggini?
Penat woi! Penat!
Memang takda keje yang penat, tapi gua harapkan selepas ini gua dapat menyelami kehidupan opis hour balik.
Gua selam selam jugak, kot kot masih ada lubang pencarian dan kekosongan di sana sini.

Dan,
Gua masih mencari tempat di johor.
Hati gua meronta ronta nak dekat dengan mak abah gua.
Hati meronta nak dekat dengan si dia,
Hati meronta nak tidur di katil sendiri dan bukan katil pinjam.
Hati gua meronta nak hias bilik sedniri, dan bukan bilik pinjam.
Hati meronta nak cakap, gua duduk rumah gua sendiri, bukan rumah tumpang.

Ha ha ha ha ha ha *gelak sangkut sangkut

Pagi pagi gua hupdate blog disebabkan gua agak makin tertekan,
Takda tempat yang gua nak luahkan,
Gua bukan manusia yang kuat bersosi di laman sosial,
Gua bukan manusia seperti dahulu, setiap hari akan update status di laman biru,
Laman burung,
Laman kotak gambar,
Dan check in.

Ternyata, gua tak sehebat dan sepopular dahulu.
Zaman tu dah lama gua tinggalkan.
Sebab gua, dah mula slow kan diri.
Bukan apa, gua dah bosan, muak, muntah dengan laman sosial.
Update tentang luahan perasaan, utk ape?
Untuk kumpul "like" atau memenuhkan wall?
Keh keh keh keh keh.

Dah lama gua tak cenggitu.
Dulu adalah, setiap hari ade je yang akan comment, like, upload gambar dan sebagainya. Tapi ternyata, gua dah berubah.

Biarlah orang lain aktif,
Biarlah orang lain berpusu pusu upload gambar bersama dan sebagainya.
Gua kalau dah kate dah muak, memang dah muak.

Jangan lah tanya kenapa lagi.
Kalau lu orang perasaan, sejak dua menjak ni blog gua takda gambar sekadar tulisan yang berjela je kann?
Sebabnya, gua takda mase lagi nak selak tumblr yang mempunyai gambar dan ayat ayat yang bermanfaat tu.

Gua takda mase, bila gua dah kena keje shift,shit!
Letih woi!
Tapi, weekend ni gua akan selak di laman sesawang yang bermanfaat sikit. Kali ni gua nak gunakan weekend gua dengan benda yang bermanfaat sikit. Hikhok.

Mane tahu mungkin rezeki gua ke kan?

P/s: ulang tahun gua yang bakal menjadi genap untuk satu angka bulan hadapan. Insyaallah its the first step in our relationship. Aminn aminn :))


No comments: