Sunday, January 20, 2013

Ajari aku

ajari aku,

untuk melangkah,
untuk memahami,
untuk bercinta,
untuk mencintaimu.

Apa yang ku tahu, hanya engkau saja yang bisa mencintaiku dan memahamiku.
Hanya engkau yang mengerti aku,
hanya engkau yang dapat menepis segala ragam dan tingkahlaku ku.

AKu harapkan,

agar engkau bisa bersama denganku,
walaupun di lambung ombai dan badai,
walaupun susah dan senang kita,
kerana aku tahu, 
itu adalah lumrah kehidupan, ada pasang surut naiknya,

kadangkala,
diri ini terasa kekusutan,
keraguan,
telah cuba aku menepisnya dari jiwa, aku kalah sekali sekala.
dan seharusnya,
itu bukan yang patut aku fikirkan.

Maafkan aku.
Maafkan aku kerana ragamku begini.
Cuma kau sahaja yang memahami diri ini.
Aku bersyukur, kerana aku bisa mencintai dirimu,
sesungguhnya tiada yang lain selain dirimu.

Hanya engkau yang tahu,
Hanya engkau yang mengerti semua keinginanku,
Hanya engkau yang ingin ku miliki.

kerana engkaulah yang satu,mohd hassan zaki.
terima kasih.

No comments: