Monday, July 29, 2013

Keep calm, 10hari lagi

Saba saba. Gua tahu ramai yang tak sabar nak raya tak ke gitu? Mesti semua dah preapare untuk raye kann? Haa elok sangat lah.

Kali ni gua tak lah rasa nak raya sangat, sebab nyeeeee gua dekat kolumpo. Masa tak banyak untuk gua nak buat persiapan raya. Baju raya pun takde uollsss. Haih. So raye pertama pakai je lah baju recycle tahun lepas je. 

Nak cari memang malas, so balun je lah apa yang ada. Gua tak sanggup nak cari baju time time cenggini. Susah, semua orang nak cari baju raya. Baru nak bajet nak beli sepasang rm50 tu. tapi tapi tulah, tak sempattt! 

Dengar cita mak gua dah ready baju raya, langsir serupa tak tukor. Malas katenye recycle jugak. So gua pun layankan je lah. Kalau gua dapat bonus tahun ni meriah jugak keadaan raya tahun ni. Tapi belum ada rezeki lagi. Next year baru dapat insyaallahh. 

Tapi sekurang kurangnyaaa, kita dapat lah sambut dengan sederhana. Guna apa yang ada je. Jangan ikot keadaan kewangan orang lain sangat. Nak rumah cantik punya pasal sampai, buat loan bagai. Oh nooo! Thats not my type! 

Berbelanja ikot kewangan bukan ikut nafsu eh eh! Ok cita pasal 10hari lagi gua kena naik bus tahun ni balik raya. Abah taknak ambik gua dekat kolumpo. Sedih woi!! Malam raya lah baru gua betolak. Memang tebongkang lah dalam bus. Oramg tengah sebok kacau dodol masak ketupat, isi kuih gua tebongkang dalam bus nak tunggu sampai batu pahat. 

Alaaa nak buat macam mana, lagi bagus dapat balik dari orang yang takda tiket tu nak balik kampung kannn. So bersyukur okeyy. Nasib gua dah beli bulan lepas tiket bus. Harap semuanya berkeadaan baik dan tak jem hendaknyaa. Fuhh

Dan next week diharap dah takda manusia berada di kolumpo. Senang sikit gua nak pegi keje dan sebagainya. Hiks.
Balik kampung for sure gua akan terus bizi. Hekhek

Jumaat ni gua nak serang hendap sikit bp. Next week balik terus! Yeahhhh! :))

No comments: