Thursday, August 15, 2013

Sebelasharibulanlapan VS empatbelasharibulanlapan

Hai, dan selamat malam.

apa khabar, sihat? well known, gua semakin sihat dan bertambah sihat. penat letih semua ada. hem
Tetapi apa apa pun, dah selamat semua majlis pada 4 SYAWAL hari tu bersamaan dengan 11 August 2013. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Majlis kecil kecilan ini dirai dengan sepupu sepapat sedara dan sahabat handai.

Pagi - 4syawal.
Rasa gelisah gundah gulana semua ada. Hati masa tu biasa je. Takdalah neves sangat. Still tak rasa lagi sebab sibuk dengan preparation goodies, dengan cupcake tak sampai lagi dari hassan. Ah! Lambat betul, gua takut tak sempat nak pack. Nasib lah anak anak buah gua ada.
Semua dah ready time tu.

Tengahari.
Start je dah pukul1, bedebor gua makin kencang. Mana taknya mak andam dah sampai. Gua bagi tahu, gua nak solat zohor dulu then baru make up. So mak andam setuju. Masa solat tu gua punya kaki tak boleh berdiri betul, gigil pulak sampai. Macam orang tua dah berumur gila. Kah! Siap semua, gua panggil mak andam masuk bilik. Sedap jugak kalau ada orang cat muka kita sambil sambil tu boleh tido kejap. Kehkehkeh! 

Jam 2.30petang.
Hassan text gua, kata kejap lagi diorang gerak dari masjid. Hem gua lagi lah nebes. Masa tu darah dah naik sket. Nasib darah tak hilang. Tak lama kemudian, anak buah gua sergah. "Ucu, ucu acan dah sampai dekat luar"- anak buah. Fuhhh. Kaki macam tak jejak dah, tetiba perut lapar, haus, nak tekucil bagai. Permainan betul masa tu. 

Jam 3.30petang.
Mak sedara gua datang jenguk bilik, "dah dah, pengantin sila kedepan nak sarung cincin dah". - mak sedara.
Masa tu gua punya tangan, kaki semua sejuk macam nak tengok keputusan peperiksaan SPM. Hahahaha memang sengal gila rasa. Nebes, gembira semua ada lah. Sampai je depan pelamin, gua aturkan langkah dan pandang kedepan. Perghhhhhhhhhhh! Ramai gila. Duduk je gua, kamera semua depan muka. Semua nak ambil gambar gua. Hahah 
Disalingi dengan doa beberapa minit, marhaban dan lepas tu sesi ambik gambar dengan keluarga. Memang best dapat jumpa makcik makcik sepupu sepapat belah hassan.

Dan akhirnyaaaa,
Selesai sudah semuanya. Alhamdulillahh saya ANA NOORZAIMAH telah selamat bertunang dengan MOHD HASSAN ZAKI pada 4syawal bersamaan 11ogos2013. Terpancar keindahan dan kegembiraannya. Dan kawenn, insyaallah akan diberitahu kelak. So relex2 dulu enjoy your day. Dikesempatan ini, gua nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada sedara mara sahabat handai, kedua dua belah keluarga yang menjayakan majlis ini. Ada kurang telebih terlanggar tak kenyang terkenyang semua, harap dihalalkan ye. Hehehe insyaallah nanti boleh tolong lagi. :))









Its candid.


                                                       Prop & fresh flower

Saya dan tunang.






family moksu





The Pelaminss


p/s: Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis kami. insyaallah, kita akan berjumpa lagi di majlis resepsi. Insyallah kami akan jemput semua sahabat handai, sepupu sepapat, dua tiga empat pupu juga. lepas tu nanti boleh tolong kiteorang rewang. Doakan yang terbaik untuk kami, dan berkat doa pakcik yang menjual songkok dan sejadah, kawan kawan mak & abah, kawan kawan di ofis juga amatlah dihargai dan hanya tuhan saja dapat membalasnya. mungkin nanti nasi minyak akan lebih rasa sedap dari yang haritu. kahkah! thanks guys, i LOVE YOU FIANCE :')

No comments: