Tuesday, July 19, 2011

Kehidupan yg tak dirancang?

Hellof and hi. Jam dah pukol 2.36pg.

Masih tak tidur sebab dah terjaga dari tido akibat orang hantar text.Ngek! dah terjaga susah lah nak tido balik. huuu~

Btw, semalam aku hadapi lagi situasi dan masalah. Bukan masalah aku tapi masalah beliau.

Cerita pasal masalah nih, kita memang tak lari dari masalah kan?Kehidupan ni memang banyak cabaran dan dugaan. Tapi bergantung pada kita macam mana nak handle sesuatu masalah tu. Silap langkah memang kita akan buat benda yang luar jangkaan kan?

Aku menulis dari pengalaman aku sendiri.

Pernah jugak aku menghadapi masalah yang buatkan aku jadi tak tentu arah. Masalah keluarga, masalah duit, masalah percintaan , persahabatan dan macam2. Memang kita perlukan seseorang untuk meluahkan segala masalah kita. Selagi kita tak meluahkan apa yang dah lama sangat terbuku kat hati tu, makin lama dia akan buat kita tak tentu arah.

Mungkin muka aku ni muka yang selalu orang meluahkan perasaan dan menceritakan masalah kot. hehehe tak ape lah, ape yang aku boleh bantu aku akan bantu sedaya dan yang termampu. Nak tolong bagi duit, aku tak kaya macam anak orang lain. Takat2 mana je lah. mungkin nasihat aku boleh bagi lagi. Pendapat aku masih boleh mencurahkannya lagi. Dan aku hanya boleh menenangkan dikau :)

Bila dapat text karangan panjang dari dia;
*rasa nak nangis dan terharu pun ada.ntah la.aku boleh rasakan yang dia semak sangat tatkala ini.
[sumber dari : Tumblr]
untuk awk:-

Janganlah rasa yang diri itu semak sangat.Tak kesah pun,selagi diri ni boleh membantu akan ku bantu.Selagi memerlukan diri ini untuk menenangkan kamu,aku akan sentiasa disebelahmu. Bila kau rasa nk meluahkan apa yang terbuku dihati, aku akan setia mendengar.Percayalah yang aku akan sentiasa disisi mu. Kita tak tau apa yang akan berlaku pada kita lepas ni, ingat lah kenangan yang mungkin kita dah coretkan di atas kertas yang kosong itu.

Bila kau rasa sedih, aku pun turut merasakannya.Aku akan sentiasa memberi semangat jika kau memerlukannya.Aku tak minta kau untuk membalas apa yang telah aku berikan kepada kamu.Cuma arap kau ikhlas dan jujur berkawan dengan aku..Itu dah lebih dari cukup untuk aku.

Aku tak perlukan wang ringgit untuk membalas segalanya.

Ingatlah, setiap masalah yang datang ada penyelesaiannya.Bukan untuk mengusutkan keadaan.Ia nya membantu kita untuk belajar erti kehidupan.Kalau tak ada dugaan, kita tak tau erti kesusahan.Setiap dugaan yang diberikan oleh tuhan, mesti ada hikmah nya. Hadapi lah segala dugaan itu dengan tabah. insyallah, tuhan akan berikan sesuatu yang lebih mudah selepas itu.Dia maha adil, dan takkan menyusahkan umatnya begitu saja.Mungkin hendak menguji diri kita.

So, kesimpulannya;

Hadapilah sesuatu dugaan itu dengan tabah.dan cuba cari jalan penyelesaian dengan baik dan berfikiran panjang.Jangan singkatkan pemikiran dan cuba selesai dengan jalan yg singkat.Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan.aminn ;)

As usual, lagu fav beliau :-


Nota kaki : Everything will happen, but i will standing right next to you if you need me. :)

2 comments:

Anonymous said...

sian kawan ana.smoga dia tabah macam ana ok...

-XaXao- said...

hurm tu lah. insyallah