Wednesday, March 14, 2012

Sebulan

*Tahniah buat gua dan ACAN, yg berjaya menempuhi untuk "kita".

Sebulan. mungkin pada manusia disekeliling ianya anya sekadar nombor dan tarikh. Tapi tidak pada gua dan acan. Ianya amatlah bererti buat gua. Mungkin masih tidak matang, seperti bayi yang baru lahir. Masih kecil dan tidak tahu apa apa.

Bagi gua, sebulan ini dah cukup matang. Mungkin masa terlalu singkat untuk gua meraikannya. Ye singkat. Tapi, ianya sangat mendalam dan banyak dugaan yang gua terima dari manusia sekeliling. Gua terima segalanya dengan tabah walaupun ianya perit. Walaupun pelbagai kerenah manusia yg gua lihat, perasaan gua kepada ACAN makin "DEEP". ye. itulah rasanya.

& walaupun ianya baru genap sebulan, tapi ianya seperti baru je gua kenal dia. Gua masih merindukan senyuman, tawa dan gelagat Acan yang sering membuatkan gua tertawa bila bersama.


dan .. Gua masih merindukan dia.


& kepada Acan, terima kasih kerana menerima diri gua yang tak seberapa ni. Mungkin gua tidak sesempurna gadis yang lain. oh! gua ni agak kasar. mungkin gua tak lah selembut dan seayu mereka. Mungkin layanan dan suara gua yang menampakkan gua ni kasaq bak kata orang sana. fuhh!

Tetapi, gua hanya berharap kepada dia agar biarlah setiap nafas ada nya lu, dan menjadi pendamping gua hingga ke akhirnya. Mungkin lebih baik jika lu bergayut di dalam hati gua, mungkin lu boleh cerahkan hati gua. Yuh, itu yang gua harapkan. Susah senang gua harap kita bersama. itu saja, yang gua mampu kata.

& apa yang penting sekarang ialah lu dan family gua. Gua harap ianya sentiasa ada di sisi gua tanpa mengira waktu. Acan, gua merindui lu sangat. & hasrat gua hanyalah untuk lu.




** Selamat pagi Acan! gua baru je update entry ni. Lu jugak pakwe yang ohsem yg sedang bergayut di dalam hati gua :)

2 comments:

Kc Kasedah said...

selamat berbahagiaaaaaaa :D

-XaXao- said...

terima kasih syg :)