Wednesday, July 18, 2012

Ulangtahun kelahiran - Part two

Sambungan utk entry semalam,

**what am i wearing? just tribal print blouse that i bought at subang :)

Semalam, gua menghadiri satu sesi temuduga di sebuah company yang agak besar. Gua datang sebagai syarat, hehe tapi yang penting gua dah cuba sedaya upaya. Dapat atau tidak belakang kira. Kalau ade ade lah, kalau takda gua masih lagi ade kerja yang menanti. Selepas siap gua ditemuduga, berbelit lidah menjawab soalan yang bertubi tubi bagai menjawab peperiksaan MUET gua berjumpa dengan pakwe. Dia datang pun skejap je. tak lama. Tapi gua hargai pengorbanan pakwe.

Trimas pakwe :)


Gua pergi menemui pakwe, dan gua menunggu kehadiran dia. Sambil menunggu, gua duduk seorang diri. Memerhati sikap sikap dan gelagat manusia disitu. Ada yang berskirt pendek, ayu, cantik, berpakaian kemas, kasut berkilat, tudung berlip lap lip lap & sebagainya. Alahai, manusia. pukul 10 - 11 masih lagi berlegar legar di stesen lrt. Masih terkejar kejar untuk masuk kerja. Pukul brape sebenarnye diorang masuk keje ni? Diorang ni MANAGER ke? Takkan semuanya berpangkat besar, masuk kerja sesuka hati? Fuuhh.

Lama juga gua rasa duduk disitu. Melihat sorang demi seorang.

Tibe tibe, seorang jejaka memakai baju t-shirt berkolar, rambut ala ala bieber datang menuju ke arah gua. bukan main biber, sebab rambut yg panjang. ish. Alahai, dahla gua tidak memakai cermin mata tetibe lebih kurang sejengkal dia datang dengan senyuman. fuhh boleh tahan cair jugak gua masa tu. Hek hek! Yee! itu dia kekasih hati.

Gua rasa seronok sangat semalam, walaupun mungkin ada je benda yang mengusut jiwa. Tapi takpelah, tinggalkan kekusutan itu sementara dibelakang. Ye, elakkan untuk berfikir sementara. Gua rasa tenang, bila dengan dia. Mungkin dia di depan mata. Itu yang pasti, itu yang diharapkan.

Gua & dia berjalan jalan di sebuah sopping complex. Ianya sangat sinonim buat kami berdua. Masa tu, ramai gile manusia sedang makan. oh lupe, lunch hour lah sekarang kata gua kepada pakwe. dan kami terus berjalan dan duduk di tepi kolam. Sambil sambil tu kami berbual. Rasanya terlalu banyak benda yang kami bualkan. Gelak ketawa tak sudah, bibir masing masing tersenyum hingga ke telinga.

Indah betul rasanya.

**terima kasih untuk 3hari ini. Trimas :)

Berbual tentang keluarga, cita cita, impian, bertukar pendapat. Yelah, gua & dia long distance. Sekali berjumpa gua rasa macam macam hendak gua bagitahu. Benda yang dah tahu pun gua bagi tahu balik. Sebab topik macam tu kadang kadang buat kita ingat balik.

Petang tadi, sebelum dia balik gua & dia berjumpa. Hantar pakwe balik dan makan serta sembang. Rasa macam tak nak bagi lu balik, lu tahu tak? Gua kalau boleh mmg taknak dia jauh. Tapi tu lah, mungkin untuk sementara ni. katenye sambil berbisik. Mungkin dia juga akan berangkat ke sini. Gua harap menjadi. Baru lah gua ade rasa semangat nk bekerja nanti.

**camera side depan memang pecah pecah sket. gua kate.


Gua & dia lunch bersama di sebuah sopping complex. Dia dengan foldover gua dengan sizzling. Alahai. Makan mcm mat saleh tau. Gua tau menda tu tak kenyang, suapkan jugak nasik sizzling tu ke dlam mulut pakwe. Gua tahu nanti dia akan lapa dlm perjalanan nanti. Harap die kenyang. Hee

P/s : trimass pakwe untuk 3hari ni. Gua tak menyangka yang lu akan buat surprise untuk gua. Tanpa gua sedari dan tahu lu dtg kolumpo senyap2. Apa apa pun yang terjadi, gua tetap disisi lu. Setiap nafas, langkah, degupan jantung hanya lah dengan lu. Trimas & trimas. Lu tahu lah nnti time birthday lu pulak. Memang gugur jantung nanti gua buat. Hehe :))

No comments: