Thursday, November 15, 2012

14november2012

Kadang kadang tak semua tahu apa yg terbuku di dalam hati. Luaran nampak gembira, suka. Hati? Ada siape tahu?

Duka, kekusutan mungkin kebuntuan tentang sesuatu perkara sedang menyelubungi. Seorang diri, mungkin. Jauh di sudut hati, gua ingin tahu akan suatu perkara. Perkara yg menyelubungi hidup ini selama 24tahun.

Gua masih mencari masa dan waktu yg sesuai untuk itu. Tapi, gua masih lagi mencari masa itu. Masih menunggu, walaupun gua tahu yang masa itu tidak boleh gua lengahkan lagi.

Gua perlu jaga hati semua pihak. Tak nak ade sedikit cAlit kegurisan dihati.Tapi mungkin kah gua dapat menjaganya? Gua tertanye2. Tapi itu yg pasti. Gua perlu tahu, kerana gua akan diambil orang. Suatu hari mungkin. Terfikir sejenak, takkan sebelum gua melansungkan acara baru saat itulah gua akan tahu kebenaran? Mungkin gua akan pengsan masa itu. Mane tahu.

Tapi, gua harap tidak akan sebegitu rupa yang terjadi. Mungkin ade hikmahnya. Tuhan kalau nak tunjuk masa tu, masa tu jugak akan tertunjuknya kebenaran kan? Masyaallah.

Insyaallah.

Gua harap, semuanya akan berjalan dengan lancar. Diskusi gua dengan dia, menjadi sunyi seketika. Gua mengalirkan air mata. Rasa terhimpit di tengah tengah. Kenape? Gua rasa rendah diri seketika. Gua pun tak nak diri gua begini. Ada rasa begini. Gua nak seperti manusia lain. Nak ada rasa dan jiwa seperti manusia lain. Gua nak seperti itu.

Mungkin ada hikmah bila terjadinya diri gua seperti sekarang. Setiap ape yang diberi pasti ada sesuatu yang baik telah diselitkan oleh-Nya.

Semasa sibuk gua bersms dengan nya, dia senyap seketika. Gua mula menghubunginya. Sekali, dia tak manjawab panggilan gua. Kali kedua, dia menjawab, dan memberitahu:

"Walaupun dari mane datangnya diri itu, dari mane asal usulnya, dia akan menerima gua dan sayang kepada gua. Dia berjanji akan menjaga gua selepas ini. Dia akan memikul tanggungjwb itu selepas ayh gua. "

Tersentuh, lalu gua menitiskan air mata. Lajunya tak terkata. Banyak kali gua kesat, makin berduyun lajunya air mata itu. Rasa nak menjerit kuat kuat. Nak lepaskan segala kebukuan di dada. Lepaskan. Tapi gua hanya mampu menekapkan muka dibantal dan menangis sekuat hati. Gua taknak sesiape perasan perangai gua itu.

Ye, sebelum ini gua rasa tersisih. Tapi sampai bila gua nak pendamkan rasa itu? Sampai bila? Sampai suatu hari, saat itu dah menjadi tepu di dalam hati dan kepala gua sendiri? Tak mungkin.

Insyaallah. Suatu hari tuhan akan menunjukkan jalan kebenaran. Tapi, tenang gua katakan gua tak pernah sedetik pun ada rasa marah utk semua ini. Malah, gua bersyukur dengan adanya mereka yang menjaga gua dan membesarkan gua. Sampai ke hari ini gua masih bernafas. Tiada mereka, tiadalah gua kenal dunia dan bumi, makanan juga pelajaran. Susah dan senang, marah dan sedih, kelemahan dan kekuatan.

Harap, selepas ini semuanya akan terjawab. Tidak mahu mengguriskan mana mana pihak. Akan gua jaga dan tidak akan sampai atau tercalitnya suatu garisan di hati mereka. Itu janji gua.

Hari ini, 14november2012. Sembilan bulan, gua bersama dia. Ianya baru bulan mungkin tidak sampai tahun lagi. Masih mentah. Tapi, kami akan keperingkat seterusnya. Bukan berhenti dan beridiri disini dan berhibur sambil mengubati hati yang lara. Kami sedang berusaha utk sesuatu yang pasti, insyaallah. Doakan yang terbaik utk kami.

Salam awal muharam. Tunaikan semua hajat hajat yang terdahulu yang masih belum ditunaikan. Insyaallah.Aminn :'))

No comments: