Sunday, December 9, 2012

Sesuatu

Dalam hidup ini, tak semua yang kita harapkan, tak semua yang kita rancang akan terjadi. Namun, kita sebagai manusia akan berusaha selagi mampu. Kadang kadang kita dah terjatuh dan tersungkur, tapi akan ada yang menghulurkan untuk membantu. Terima kasih.

Ada kalanya, rasa tak mahu teruskan. Tapi, jika ingin teruskan hidup demi cita cita kan kuteruskan jua. Walaupun apa yang mendatang, walaupun dugaan menimpa diri akan aku tempuh walaupun dalam kelemahan.

Aku teruskan berdoa, agar semuanya diredhai.

Kuatkan hati, untuk aku harungi.
Kuatkan aku, supaya aku tidak jatuh lagi.
Kuatkan aku, demi hidup ini.
Kuatkan aku, untuk keluarga.
Kuatkan aku untuk orang yang aku sayangi.
Kuatkan aku, untuk ape yang dicita citakan.

Aku tak berdaya untuk melakukannya sendiri. Berikan petunjuk dan jalan yang diredhai olehmu. Moga, aku tidak lagi lemah dan tidak berdaya untuk menempuh segalanya.

Berikan aku semangat,
Berikan aku kekuatan,
Tunjukkan langkah,
Dan
Aku teruskan berdoa dan berterima kasih atas segalanya.




1 comment: