Thursday, February 14, 2013

Selamat ulang tahun yang pertama

Selamat ulang tahun sayang,

Lama rasanya tidak aku coretkan sesuatu di dalam laman ini.
Lama jugak rasanya,
tiada coretan cinta,
Coretan manis,
Coretan manja,
Coretan tawa dan riang.

Tapi malam ini, empat belas februari dua ribu tiga belas,
Genap setahun perkenalan aku dan dia,
Bukan kerana valentines day, tidak pernah rasanya ingin menyambut hari itu,
Kebetulan tarikh tersebut,kami berkenalan.

Tak mungkin aku lupa setiap kali tarikh ini,
Tak mungkin reminder aku tidak berbunyi kerana telah aku catitkan dan minta telefon bimbitku mengingati setelah genapnya jam 12malam.

Semua tempat sudah aku catitkan bentuk love di setiap kalendar.
Semuanya kerana aku sangat mengingati,
Alangkah indah dan power, jika aku dapat berjumpa dengan dirinya dan memberitahu bahawa, aku sangat menyanyangi dirinya, indah bukan?

Tapi,
Disebabkan aku dan dia jauh, aku hanya sampaikannya melalui skype. 2jam juga rasanya malam ini aku bebual mesra denggannya.
Alangkah bertuah, jika dapat aku gapai dan pegang erat tangannya. Tapi, cuma aku dapat melambainya dari jauh sahaja.

Tak sedih.
Malah aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama walaupun telah banyak dugaan yang telah aku dan dia tempuhi.

Pernah rasa putus asa,
Pernah rasa kecewa,
Pernah rasa kenapa aku ditemukan dengan dia,
Segalanya mungkin dirancang atau kebetulan oleh-Nya.

Namun,aku bersyukur.
Aku rasa diri ini sangat bahagia,
Tapi mungkin ada kalanya, ianya tidak seindah biasa,
Tapi aku menepis segalanya resahnya,
Hebat atau tidak,
Itu terjawab sudah.

Insyaallah akan terjawab segalanya.
Doaku,
Panjangkan jodoh kami, panjangkan cinta kami, panjangkan dan berikan segalanya yang baik kepada kami,berikan kesucian dan keharmonian dalam hubungan kami. Moga segalanya akan berjalan lancar dan diberikan ruang untuk segala yang dirancang untuk hubungan kami, aminnn :'))

No comments: