Tuesday, February 26, 2013

Hembus

Hembus dalam erti kata lain,

Main lenjan je untuk memarahi manusia lain. Ye!
Kenapa gua nak kena up cerita mengenai hembus, hembus dan hembus.
Gua nak up cita ni sebab gua sendiri pernah kene hembus walaupun, gua tau tu bukan salah gua.

Lagi lagi dalam bab keje. Nah! Gua kalau bab bab keje ni gua titik beratkan sedikit. Yelah belum ada usul periksa, main shoot je orang tu. bila apa yang dimarahi, salah ape yang lu rase? Malu ataupun rasa bersalah?

Ah!
Kalau dah serupa manusia macam lu, gua rasa takda masalah dan tak ada perasaan. Gua sungguh tak paham sebab bila gua pegi mana mana, mesti jumpa manusia bersifat sedemikian.

Dan,
Bila bercakap berkenaan dengan orang yang paling tinggi dalam syarikat,bila bos membuat pekerja dia macam kuli. Yang ni lagi gua tak puas hati. Baik company besar atau kecil sama je.

Apa perasaan bila buat pekerja bawahan sebegitu? Tak ada perasaan atau untuk kesenangan diri sendiri? Puas hati? Senang kerja. Walaupun diri tu bos atau mempunyai jawatan paling tinggi, ingatlah dia juga manusia.

Duit,
Ini juga boleh buat gua naik hantu. Mana mana akan cita pasal hitam putih sebelum
Bekerja bukan? Kalau dah tandatangani kertas putih berdakwat hitam, maka itulah yang dijanjikan. Bila tidak dibayar, bila tidak mengikuti perjanjian akan diungkitlah makanya. Kenapa kalau tak bayar gaji, seperti yg dinyatakan di dlm kertas putih itu, akan dipertikaikan?

Boleh jawab ke agak agak?

Walaupun dah bagi full comitment tapi lu buat dia seperti sampah, kuli, yang hanya menuruti kemahuan diri lu sendiri. Cuba lu pikir, kalau adik lu dibuat seperti itu. Lu mengamuk atau tidak?

Fikirlah sebelum membuat keputusan, fikirlah sebelum memarahi manusia lain, fikirlah dan periksa dahulu sesuatu perkara,
Tak salah kalau pikir dua tiga kali.
Tak rugi,
Bersihkan hati, bersihkan minda, buat baik kepada orang lain,

Itu yang lebih baik dan afdal.

No comments: