Tuesday, February 19, 2013

Senak & tenat

Kadang kadang gua tak paham,
kadang kadang gua runsing,
gua tahu diri gua ni siapa.
Gua tahu dimana gua perlu berdiri.
Bukan disebelah lu, bukan disebelah mak ayah lu.

Gua tahu,

Gua bukan dari asal usul lu,
Gua bukan dari darah daging lu,
Gua bukan dari sperma mak dan ayah lu, terjadinya gua dari orang lain,
Gua tahu itu. Mengerti.

Bila lu rasa tak puas hati,
Lu herdik gua di depan manusia lain,
Lu ingat, gua tak ada perasaan?
Gua ni bukan manusia?
Gua ni bukan robot dan hati gua bukan besi.

Kadangkala,
gua perlu mempunyai hati besi,
Hati kering. Terpaksa.

itu memaksa gua menjadi untuk menjadi manusia yang tak berhati perut.
Lali dengan apa yang berlaku disekeliling.
Walaupun mata sesekali dilimpahi air mata, gua telan sedalam dalamnya.


Mungkin.

Satu hari,
Rasa itu akan keluar dari kepompongnya.
Lu akan paham apa yang akan terjadi selepas itu.
Lu pernah rasa, tapi mungkin lu lupa rasanya.
Tahan dengan sikap lu yang seperti ke anak anakan.
Sikap manusia yang tiada kasih sayang.

Walaupun gua bukan dari asal usulmu,
Jangan diperlakukan gua seperti manusia yang lu tak kenali,
Kerana mungkin bukan sekarang akan patah balik kepada diri lu.
Mungkin, masa itu akan sampai nanti,
Jangan pernah rasa diri lu semuanya betul,
Disebabkan lu mempunyai pelajaran tinggi dan berharta.
Jangan herdik orang yang tidak pandai,
Jangan herdik diri yang tidak pandai apa apa,
Jangan sesekali memperlekehkan,
Lu ingat anak lu,
Anak lu akan buat macam mana perlakuan lu pada gua.

Pandai tak bawa kemana mana,
Harta tak bawa ke kubur,
Sifat yang terpuji akan diingati,
Sifat yang diherdik akan diludahi.

Ingat.




No comments: