Tuesday, March 12, 2013

Percakapan

Hai,

Kali ni gua nak up cita pasal percakapan.
Manusia sering kali bercakap mengikut sedap mulot dan perot. Entah kenapa, makin menjadi jadi percakapan yang sebegini.

Gua rasa, kita kalau nak bercakap mengenai sesuatu perlulah berfikir dahulu. Bukan apa, kadang kadang ayat atau perkataan yang kita keluarkan mungkin boleh menyentuh hati dan perasaan prang lain. Betul?

Tapi,

Gua rasa tak seperti dia tu,
Cakap sedap mulut, apa orang kata main hembus je.
Alahai, common lah.
Gua tahu lu cantik. Tinggi, dan berpelajaran tinggi dan gua rasa semuanya ada dah dekat lu.

Tapi sayang,
setiap kata kata lu tu mungkin ada separuh dari cerita lu dah kasi gua terasa dan kecil hati. Lu tahu?
Nasib lah gua tak rasa ringan tangan dan siku, kalau tak selamat dah muka lu.

Gua paham,
Gua tak seindah lu,
Gua memang agak kasar,
Agak keras,
Agak tak sopan sikit,
Gemuk,
Tak tinggi,
Tapi nasiblah gua ada budi bahasa yang baik daripada lu,
Biar gua takda apa yang lu ada sekarang,
Cuma, gua ada budi bahasa yg lebih baik dari diri lu.
Gua rasa lu tak perlu lah tabur ayat lu yang agak kurang ajar tu pada gua. Walaupun gua "hu ha hu ha" dengan lu, tapi ayat tu gua rasa kasi elok sedikit.

"Jangan biarkan perangai sebegitu menjadi impak yang besar kepada diri lu satu hari nanti."

Walaup buruk mana pun orang tu,
Gemuk macam mana pun orang tu,
Hodoh macam mana pun orang tu,
Tak perlu lah cakap depan depan muka dia yang dia tu sebenarnye hodoh atau gemuk.
Tak perlu lu nak kasi tahu depan depan.
Tu bukan dah jatuhkan air muka orang ke? Hem

Bukan apa,
Ini peringatan untuk diri sendiri jugak.
Walau kaya mana pun kita,
Walau cantik mana pun kita,
Walau pandai pun kita,
Semuanya masih sama di sisi allah.

Dan,
Gua harap dia berubah.
Gua tak mahu dapat dosa kering dekat sini.
Gua tak nak mencaci lu dekat sini.
Gua tak nak lu anggap gua pendengki.
Gua tak nak lu anggap gua musuh lu satu hari nanti.

Tapi,
Lu sebenarnya dah kecik kan hati gua tadi,
Takpa, abaikan saja.
Walaupun kecik hati ni,
Gua tetapkan pendirian gua,
Gua tak mudah untuk menangis,
Gua tak mudah untuk jatuh,
Gua tak mudah untuk kalah,
Gua masih boleh berdiri sendiri, walaupun ada yang ingin tolak gua dari belakang.
Walaupun tanpa gua sedari, tapi gua rasainya sendiri.

Relax kan diri dengan minuman yang menenangkan.

Selamat malam.


No comments: