Wednesday, March 6, 2013

Respect!

Faham erti kata respect?

Atau dalam bahasa lain, hormat.
Ye, hormat.
Setiap manusia perlu ada rasa hormat kpd org lain. Kalau takda sifat macam ni memang akan dikata kurang ajar.mak tak ajar, ayah tak ajar. Habis semua satu keluarga naik nama tak pasal pasal.

Apa yang gua nak highlight kan dekat sini hormat menghormati dalam tempat kerja.

Oh! Mesti fully respect dekat tempat kerja.
Ada bos,
Ada manager,
Ada vice president.
Sampaikan terlebih pangkat pun ada.

Semua pangkat pangkat di atas perlu kita hormat bukan?
Tapi, gua rasa dalam ofis je. Luar ofis pandang pun malas.
Pangkat, darjat tak bawak kemana mana.
Tapi, Sifat hormat menghormati akan dibawa sampai mati.
Sebab apa?
Kalau kita hormat sesorang tu, kita akan dapat balasan tersebut. Macam orang kata, kau buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kau balik.
Walaupun tak semua, tapi sekurang kurang kau akan ingat ape yang manusia tu dah lakukan pada diri kau.

Masih ada kan ingatan tu walaupun sedikit? Betul?

Dalam tajuk ni,
Hormat tak semestinya hanya pada orang yang lebih tua malah kesemua golongan tak kira dari kecik sampaikan lah ke besar.
Kau nak espect, hormat diri kau yang dah tua tapi diri kau tak respect pada orang lain kenapa?
Dia bukan manusia ke?
Manusia seperti kau juga , yang inginkan rasa hormat seperti yang kau minta.
Aku tau kau lebih tua,
Lebih arif,
Lebih handal,
Lebih power.

Tapi jangan lah ada sifat talam dua muka.
Depan aku baik belakang aku? Ah!
Depan aku senyum, belakang aku kau ludah.ludah kesemuanya.
Penat, penat melayan keletah kau dan ragam kau.
Sampai bila aku perlu tahan?
Sampai bila aku perlu menepis segala kesulitan?
Sampai bila aku perlu simpati?
Sampai bila? Aku mahukan jawapan.

Semua manusia kau desak, kau suruh untuk kepentingan kerja kata kau.
Kau arah. Tiada manusia yang suka perilakuan itu. Semua manusia ikut kehendak kau. Terpaksa mengikut kerana keperluan diri dan keluarga.
Mengherdik orang lain, itu ini.
Tapi diri kau, pernah cermin?

Tak mustahil,
Jika sorang demi seorang angkat kaki,
Tak mustahil manusia lain akan takkan lama disitu,
Tak mustahil semuanya akan bersilih ganti.
Tak mustahil semuanya.

Ingatlah wahai manusia,
Semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya,
Jatuh bangun diri ini, tiada siapa yang peduli.
Melainkan allah yang esa,
Tiada siapa yang tahu, melainkan dia.
Walaupun setitis air mata membasahi bumi tadi, akan aku kesat supaya tiada siapa yang tahu keperitan diri.
Supaya tiada siapa yang lihat, tiada siapa yang renung.
Mungkin, ini dugaan yang pertama dilalui.
Mungkin selepas ini kedua dan ketiga.
Sabar, lihat, renung dan fikir.

Tak mustahil berlaku lagi.
Puaskan?


No comments: