Sunday, May 5, 2013

05052013

Hai and assalamualaikum!

Hello fellah! Hari ni 05052013 dan semua mesti tahu dengan tarikh keramat untuk hari ni. Well, hari ini adalah hari mengundi untuk seluruh malaysia.

Gua sebagai pengundi yang pertama kali join, rasa excited gila. Yeah! Sebab dapat mengundi dan pilih siapa yang layak untuk memegang kerajaan dan malaysia sekali lagi. Gua sebagai pemuda dan anak malaysia sangat berbangga kerana dapat duduk di negara yang aman damai ini.

Dan sesungguhnya, gua juga berbangga sebab dapat mengundi buat pertama kalinya pada tahun ni untuk PRU13. Excited dan berbesar hati, sebab gua balik kampung untuk mengundi, dan sekali lagi kerajaan memberi duit tambang pegi balik kerana gua bekerja di negeri lain dan pulang ke kampung semata mata untuk menunaikan tanggungjawab.

Bukan kerana mata duitan, tapi atas dasar sokongan kepada sesuatu parti dan kewajipan kepada negara gua teruskan melangkah. Walaupun jauh, sesak dan dipenuhi menusia yang berpusu pusu hendak pulang kekampung gua redah saja.

Bukan apa, gua nak merasai tangan dicalit dakwat kekal, gua nak rasa berkempen, nak rasa duduk di bilik gerakan. 5 tahun sekali je lu akan dapat rasa semua ni. Apa salahnya, sekali sekala kelua mengundi walaupun hujan demi negara yang tercinta. Gua harap kerajaan akan terus kekal mentadbir negara.

Takut,

Takut jika negara diambil dan ditadbir bangsa lain. Undilah dengan bijak. Tinggal 30minit sahaja peti undi akan ditutup. Jam sekarang 4.30ptg. Harap malam ni akan memberi keputusan yang memberangsangkan. Amin amin amin.

Ape yang kami mahukan, ialah negara yang aman damai dan sentosa. Tidak perlu protes dan mengikut negara negara lain, jangan kucat kacirkan negara. Itu bukan jalannya.

Peace!








No comments: