Friday, May 10, 2013

Terfikir

Selamat pagi dan salam jumaat.

Kali ini gua hupdate pagi sket sebelum gua pergi kerja. Rasanya pagi ni gua bangun, tido tapi gua sakit kepala. Entah kenapa. Dah 2-3 hari macam ni.

Rasanya masa tido gua banyak pikirkan tentang diri gua serta dia. Alahai, bila lah semuanya nak settle. Gua harap dapat lah sesuatu untuk tahun ni. Dengan kerja gua yang tak tentu masa ni, buatkan gua letih. Tahu, takda kerja yang tak penat. Tapi melihatkan tentang "keadaan" tu yang membuatkan gua letih.

Niat nak bekerja lebih masa, tapi kalau dah kene shift malam pengsan lah rasa. Nak taknak, kadang kadang gua turutkan. Bila lah gua dapat balik kerja macam dulu, ofis hour! Ya gua nak keadaan tempat kerja macam dulu. Stress stress pun 2tahun setengah jugak gua duduk situ. Walaupun gaji kecik, tapi berbaloi dah tak pecah otak.

Gua harap tak sebelum puasa, atau masa raya gua dapat something yang gua dan dia nak. Terpikir jugak sebenarnya. Sampai bila kan? Harap, niat yang baik akan didengari. Hopefully tahun ni jugak gua dapat keje lain. Fuhhh harap semua hajat aku dan dia didengari dan dimakbulkan. 

Hari jumaat,

Hari yang paling baik.
Jangan sia siakan setiap hari, dan penting hari jumaat adalah penghulu segala hari. 
Jangan pikir ia adalah hari last untuk bekerja, tapi pikirlah kalau hari ni hari last kita bernafas.
Macam mane?

P/s : jangan lupa berdoa, jangan riak, sombong, bongkak, berdiri dan lalulah ke jalan yang lurus. Memang banyak dugaan dalam hidup, tapi itulah erti kehidupan sebelum kita rasa selesa dimana kita berdiri. Pandang sekeliling, dan ucapkan alhamdulillah.

No comments: