Friday, May 10, 2013

Jika aku

Jika aku ditakdirkan tidak bernafas lagi di atas bumi ini aku mahukan dia supaya tidak melupakan aku,

Jika aku ditakdirkan tidak bernafas lagi,aku mahu bersama dia sepanjang hari, 

Jika aku ditakdirkan tidak bernafas lagi,
Aku mahu bersama seluruh keluargaku.

Jika aku ditakdirkan tidak bernafas lagi, aku mahu bahagiakan semua yang pernah menyayangi aku. Akan kubuatkan dia tidak akan melupakan aku.

Jika aku ditakdirkan tidak bernafas lagi,
Aku mahu lihat dunia, langit, bintang dan cahaya disekelilingnya dengan tenang.

Jika aku ditakdirkan semua itu,
Aku mahu dia tahu, walau apepun terjadi hati aku jiwa aku akan sentiasa bersama dia. Akan aku ekorinya kemana sahaja walaupun aku tidak dapat bersamanya, tidak dapat tidur dibahunya, tidak dapat membahagiakannya, tidak dapat menjaganya. 

aku mahu dia tahu, setiap nafas, setiap langkah, setiap kenangan, setiap hembusan, ketawa, air mata, hanya untuk dia. Dan semuanya, kerana dia yang menghidupkan hari hari ku. 

Mungkin aku tak berdaya nak meluahkan semuanya, mungkin cara aku berbeza. Berbeza dan mungkin merimaskan. Tapi kalau engkau tahu, aku memang begitu. Terlalu mengambil berat atas orang yang disayangi, mungin memang merimaskan. Maaf. Itu cara aku. Harap orang disekeliling aku paham akan caraku. 

Mungkin, 
Satu hari nanti, bila tidak ada lagi ucapan sayang, i love you, i miss you, saya sayang awak, mungkin kah engkau merindui aku? 

Alhamdulillah kalau engkau rindu.
Aku sayang semuanya, 
Sayang aku tidak berbelah bagi.
Cinta aku pada yang satu, dan abadi.
Tidak pernah terdetik untuk berubah.
Tidak pernah menyimpan kalau terluka.
Tidak pernah menyimpan kalau kecewa.
Akan aku pendam dan diam. Itu aku, itu cara aku.
Aku maafkan kesemuanya. 
Aku tau, itu salah aku,
Kesilpan aku, takda niat utk melukakan mana mana pihak. Niat untuk membantu. Tapi salah diertikan. Maaf. Maaf. Maaf. 

Harap maaf aku diterima. 
Maafkan aku semua. 
Jika aku ada salah silap.
Mungkin aku tak berani untuk meluahkan.
Tapi, 
Jika membaca laman ini, harap semua maafkan. Terima kasih. 

No comments: