Thursday, May 16, 2013

Jiwa

Jiwa,

Jiwa yang kadang kadang tak boleh nak dirasa, tak boleh nak dipegang.
Jiwa,
Kadang kadang stabil, kadang kadang haram tak.
Entahlah, kenapa semua berlaku dengan mudah, senang ringkas? 
Mudah sangat manusia menoreh kesakitan dan keperitan yang dilakukan.
 
Memang susah untuk fahami jiwa manusia lain,
Tapi jangan sesekali mengguris tanpa usul periksa.
Tidak menuduh, tidak menunjuk dan menunding jari cuma sifat bermuka muka untuk kepuasan jiwa sendiri sangat mendukacitakan.

Depan sembur lain belakang sembur lain.
Apa yang sebenarnya yang kau nak? 
Apa sebenarnya kau mahu? 
Hanya kepuasan diri sendiri. Aku tahu, aku cuma manusia kecil yang sedang merangkak dan sepeti seekor semut yang boleh kau pijak.

Ah! Aku rindukan suasana dulu.
Aku rindukan pengalaman dulu.
Tak mungkin akan aku lupakan detik dulu.
Pahit, perit sakit.
Itu yang aku dapat luahkan.
Hati? Tak dapat nak aku ungkapkan.

Betul kata mak aku,
Mimpi aku tu mungkin ada yang hendak "menganiaya kita",
Aku terkedu sebentar.
Tapi kenapa aku?
Kenapa tak manusia lain yang lebih cantik, lawa, pekerja yg lain? Kenapa aku?

Sedikit demi sedikit hati aku terguris.
Terasa aku hanya sebagai boneka. 
Tempat untuk menggunakan dan digunakan.
Apa yang aku tahu sekarang, aku mahu tiap2 bulan sekali aku masukkan kad kelua ka-ching. Dan aku tahu ada lebih dari 2k setiap bulan. 

Sudah!
Lantak lah, manusia tak boleh nak diubah.
Sedangkan mulut yang bercakap pun tak boleh ditutup, apa ntah lagi hati yang busuk.
Aku hanya mampu menitiskan air mata seketika, seksa rasanya. Pedih terluka.
Sampai bila aku boleh bertahan?
Sampi bila aku boleh bersabar?
Aku rindukan bos aku.
Aku rindukan sifat penyabarnya kepada budak bawahan.
Sifat yang tidak bermuka muka,
Tiada sifat angkuh, sombong dan bongkak.

Aku harap, semuanya akan menjadi lebih baik.
Apa yang aku harapkan, agar apa yang didoakan oleh rakan seperjuangan aku dimakbulkan. Terseksa rasanye, tapi itu yang perlu ditahankan.

No comments: